Amir Jufri: Ketuk Dasar Menduga Pak Misai Dengan Rod Kanicen Nix Sailang

Jumaat, 17 ogos 2018. Saya dan sahabat saya Ky Reii telah pergi satu trip memancing spesies dasar yang agresif. Oleh kerana sering kali tercabar dengan keganasannya berdasarkan pengalaman yang lalu membuatkan saya ingin menduga kembali spesies bermisai ini menggunakan setup yang berlainan.

Mengenali Ikan Baung

SPESIES Hemibagrus Nemurus atau lebih kita kenali sebagai ikan Baung merupakan spesies ikan air tawar yang datang dalam keluarga ikan bermisai (catfish).

Spesies ikan baung ini tergolong dalam keluarga besar Bagridae dan dalam genus Hemibagrus. Nama lain bagi baung ialah Yellow Catfish (baung pisang / baung kuning) dan river catfish (baung sungai).

Perjalanan

Jam 8.30pagi, kami berdua berkumpul dipekarangan halaman rumah saya dan memutuskan untuk pergi dengan menunggang motosikal ke spot memancing. Oleh kerana jalan yang bercuram dan keadaan yang tidak rata ia akan menyukarkan jika menggunakan kereta untuk masuk.

Lokasi

Perjalanan mengambil lebih kurang 20 minit untuk sampai di lokasi sungai Kampung Ibok, Kemaman dan sampai di lokasi kami melihat keadaan air yang baik tidak terlalu keruh dan paras air surut berserta arus yang sederhana.

Cukup mudah untuk mengesan kawasan permainan si pemangsa yang sentiasa melawan arus air mencari anak-anak ikan dan udang kecil. Dasar sungai yang berpasir memudahkan proses pencarian dan peratus untuk strike juga agak tinggi.

Setup Yang Digunakan

Kali ini saya ingin merasai lenturan rod Kanicen Nix Sailang 2-6lbs dicipta untuk ultralight game yang di katakan rod all-rounder yang amat sensitiviti. Di padankan dengan reel Daiwa revros bersaiz 1003R yang amat selesa di gayakan (macth & balance). Di sertakan mainline berkekuatan 5lbs. Cukup hanya menggunakan leader 6lbs untuk daya serapan kejutan dari pemangsa dasar.

Teknik dan Umpan

Spesies ini cukup rakus ketika membaham umpan/gewang. Disini saya menggunakan gewang yang kecil berukuran 32mm berkedalaman 0.5 – 1 meter (floating type) mengeluarkan bunyi dan getaran didalam air memudahkan pemangsa mengesan kehadiran gewang.. Warna yang terang (glow) dan bersinar untuk mudah menarik perhatian pemangsa untuk keadaan air yang tidak keruh. Hanya dengan karauan perlahan dan menyeret dasar cukup membuat si pemangsa terpikat.

Lakukan beberapa balingan umpan mengikut dan berlawanan arus. Karauan yang perlahan dan pastikan drag tidak terlalu ketat atau longgar kerana spesies ini cukup kuat melarikan umpn ketika didasar membolehkan anda berputih mata jika reba tempat utama lariannya.

Tahukan anda spesies ini mengesan mangsanya dengan menggunakan misai/sesungut (filament barbell)? Oleh kerana penglihatan yang terhad didalam air keruh berkelodak boleh dikatakan spesies ini tidak menggunakan mata, hanya menerima isyarat gelombang getaran yang terhasil daripada pemangsa didalam air.

Hasil tangkapan

Hanya dua ekor sahaja si misai dan seekor lagi si haruan berjaya didaratkan menggunakan rod Kanicen Nix Sailang. Seekor lagi berjaya didaratkan oleh rakan Ky Reii.  Jam 11.00 pagi kami beransur pulang dan menamatkan trip menduga pak misai.

Akhir Kata

Kesimpulan yang dapat di ringkaskan dalam trip kali ini ialah perlu memahami teknik dan umpan yang sesuai mengikut kondisi air. Amat penting sebagai pemancing kita bersabar dan tekun untuk menduga  ikan baung. Karauan berterusan dan kosisten serta teknik yang tepat pasti membuahkan hasil.. Hanya tangkapan yang bersaiz sahaja kami ambil dan manakala bukan target dilepaskan kembali untuk kesinambungan spesies yang berterusan.

Related posts

FISHING TRIP. DON’T BE TOO SERIOUS. JOKES ARE NEEDED WHEN FISHING

BIGEYE TREVALLY AND BIGEYE SCAD NIGHT FISHING USING GELI GELI SOFTBAIT

SAILFISH ON ULTRALIGHT FISHING SETUP