HALUS – Tali Pancing Benang (BM)

PENGENALAN

HALUS dibuat daripada 4x benang jalinan jenis lembut sepanjang 100m dan 300m. Produk baru ini dihasilkan selepas menjalani pelbagai ujian lapangan yang memakan masa yang amat banyak. Ini bertujuan untuk memastikan ia dijual untuk pemancing ultralight yang ingin menikmati pengalaman yang dipertingkatkan melalui pancingan ultralight.

TALI PANCING BENANG

Diperbuat dengan 4 helai tali benang PE yang dihasilkan dari 4 benang UHMWPE sebagai bahan tenunan. Tali yang bulat dan lembut, jadi tali benang ini ditenun dengan ketat untuk memastikan ikatan knot adalah tahap optimum. Anda akan mengalami penyerapan air yang amat minimum membolehkan anda menikmati sesi pancingan yang lebih lama, tahap wind knot yang jauh lebih rendah dan juga membolehkan pemancing ultralight menikmati sesi penggunaan umpan yang lebih baik sama ada untuk umpan yang lebih kecil tanpa menghiraukan ia umpan lembut seperti soft plastik, jig atau gewang.

3 WARNA UTAMA 100M

Tali pancing benang HALUS 100m datang dengan tiga warna yang menarik:

  1. Merah Jambu – 100m (2lbs dengan dia. 0.10mm)
  2. Hijau Lime – 100m (4lbs dengan dia. 0.12mm)
  3. Putih – 100m (6lbs dengan dia. 0.14mm)

3 WARNA UTAMA 300M

Tali pancing benang HALUS 300m datang dengan tiga warna yang menarik:

  1. Oren – 300m (2lbs dengan dia. 0.10mm)
  2. Hijau Tentera – 300m (4lbs dengan dia. 0.12mm)
  3. Warna Campuran – 300m (6lbs dengan dia. 0.14mm)

BAGUS UNTUK SEMUA GAME ULTRALIGHT

Tali benang ini telah direka untuk memenuhi permintaan semua pemancing ultralight namun matlamat utama kami adalah untuk penglihatan yang lebih baik semasa memancing dengan memastikan anda dapat mengawal umpan lembut seperti soft plastik dan gewang dengan dengan lebih cekap.

Tali pancing kami sesuai untuk setup spinning dan juga peminat bait casting kerana bentuk tali ini bulat. Anda boleh gunakan tali pancing ini disemua tempat sama ada di air tawar atau memancing air laut sepanjang hari tanpa risau akan kualitinya.

Tali benang HALUS direka untuk memudahkan sesi pancingan anda. Antara kebaikan yang amat perlu ialah ia akan memastikan anda mampu membuat sambungan ikatan seperti FG Knot dengan mudah dan kuat. Ia juga mempunyai tahap rintangan geseran yang luar biasa dan akan mengurangkan masalah biasa anda lalui dengan tali pancing yang lain.

HALUS adalah tali pancing yang berdiameter kecil yang kuat, tahan lasak dan tahan lama yang kini boleh anda dapatkan di pasaran. Tali pancing ini telah direka menggunakan teknologi serat benang yang memberikan kekuatan yang bagus dan konsisten.

CIRI-CIRI

Kelebihan HALUS adalah:

  1. Diameter kecil meningkatkan kemampuan pemotongan air
  2. Mengurangkan geseran untuk setiap lontaran
  3. Gentian tali meningkatkan rintangan dari mudah luka, berbulu
  4. Meningkatkan jarak casting dan ketepatan
  5. Mengurangkan getaran pada tali
  6. Gentian tali yang kuat dan sensiviti yang tinggi
  7. Di lengkapi dengan perlindungan penahan air
  8. Di lindungi dengan salutan berteknologi tinggi di luar
  9. Ketahanan yang luarbiasa dengan pelbagai rintangan
  10. Tahan korosif yang luar biasa
  11. Anti-UV
  12. Tahan luka seperti di hiris
  13. Diperbuat daripada bahan mesra alam
  14. Kuat dan tahan lasak
  15. Lembut
  16. Sesuai untuk pancingan air tawar dan air laut

DIPERTINGKATKAN – HALUS TALI PANCING BENANG

Terdapat beberapa penambahbaikan yang telah kami lakukan berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh penyokong kami. Penambahbaikan yang kami buat adalah:

  1. Salutan yang lebih baik pada tali pancing.
  2. Peningkatan dalam pembungkusan.
  3. Meningkatkan kualiti warna.
  4. Beberapa masalah yang dipertingkatkan berkaitan dengan isu putus.

Jadi, kenapa tunggu? Dapatkan HALUS tali pancing yang terbaik di pasaran.

Pembelian

Anda boleh hubungi kami di laman Facebook kami di:

https://www.facebook.com/kanicennixmalaysia/