Generasi Baru Pengganti Kita Untuk Pancingan Yang Lebih Berjiwa

#KASIJELIR untuk generasi yang bakal menggantikan kita kearah yang lebih positif.

Perjalanan ultralight fishing tidak pernah mudah. Namun setiap perkara yang dibuat semua ada misi dan ada objektifnya.

Alhamdullilah setiap perkara yang dibuat di group UL dan dgn pengenalan brand Kanicen Nix seiring dengan trend yang kami bawa fasa mendidik menjadi lebih mudah. Pengenalan produk dan rod Kanicen Nix yang bermotifkan specialized game telah lagi membuka mata peminat ultralight fishing.

Setiap rod yang dikeluarkan membawa identiti dan cerita disebalik nama yang diberi. Contohnya:

  1. Leebass membawa identiti bass fishing.
  2. Sengat rod pertama di dunia untuk ikan bulan (Indo Pacific Tarpon).
  3. Sailang juga rod yang bermotifkan bass fishing.
  4. Kaki Bako untuk peminat stream fishing yang telah membuka mata ramai peminat pancingan jeram yang dahulu lebih pada kaki fly.
  5. Toyol untuk peminat rock fishing yang lebih sesuai diperairan kita.
  6. Toyol Signature juga untuk peminat rock fishing yang lebih mengutamakan high end accessories, tahap kualiti seperti brand terbesar dunia dan tahap sensitiviti yang tiada bandingan.
  7. Mampuihhh juga rod yang berkonsepkan bass fishing.
  8. Saka rod terbaru juga ke arah bass fishing.

Mengapa buat rod yang specialized ini?

Setiap rod yang dikeluarkan sentiasa membawa makna kerah mendidik moral pemancing supaya memahami apa itu ADAB. Dalam waktu yang sama kami secara perlahan melatih peminat ultralight fishing menghayati setiap spesifikasi rod supaya dapat membawa mereka untuk lebih maju dan teknikal.

Tujuan utama ialah untuk membawa pemancing ultralight ke arah pancingan yang lebih berjiwa & berilmu. Usaha yang cukup lama namun hasilnya telah mula kelihatan dengan lebih jelas.

  1. Pemancing telah mula memahami apa itu sayang pada ikan.
  2. Pemancing telah mula memahami kesesuaian rod atau setup dengan ikan yang mereka cari.
  3. Pemancing juga telah mula memahami apa itu konsep sport fishing.
  4. Dan yang paling penting pemancing telah mula berADAB antara satu sama lain.

Jika anda mahu 1001 kepuasan bukalah mata dan hati. Bersabar dan cuba ikuti cara kami. Apabila anda mula faham misi dan objektifnya; ilmu akan mencurah masuk dan masa ni mancing akan sentiasa nak #jelirlidah macam Kanicen Nix. Wakakakaka 😛

Ayuh kayuh bersama. Biar dapat buat hanya 1% perubahan ia tetap ada hasil positif dari takda.

Terima kasih 🙂

Related posts

NEW PRODUCT: ULTRALIGHT FISHING ROD – SEBAT

Mambang Hitam – 3 Sebab Utama Mengapa Anda Perlu Memilikinya

Upcoming Saltwater Ultralight Fishing Rod