Grenti Strike Geli-Geli Umpan Tiruan Fenomena

Grenti Strike “Geli-Geli” nama diberi untuk umpan tiruan yang menjadi kegilaan ramai pemancing ultralight fishing. Selalu juga di ditanya bagaimana dapat nama Geli-Geli ini? Dengan senyuman akan menjawap “dapat ilham secara kebetulan semasa memegangnya”.

Nama setiap produk Kanicen Nix datang secara spontan semasa membuat RND (research & development). Idea datang terjah secara spontan tanpa diduga. Apa yang menjadikan ia lebih menarik ialah ia kena dengan situasi semasa ia dibuat dan dilancarkan.

Umpan tiruan Geli-Geli ini telah menjadi fenomena sehingga ia juga menjadi sebutan budak-budak serendah umur 3-5 tahun. Diilhamkan dengan produk-produk yang lepas Kanicen Nix hilang diradar (untuk umpan soft plastik) lebih dari 2 tahun untuk memastikan ia sesuai untuk perairan tempatan dan juga untuk semua peminat pancingan ultralight.

Apakah yang menarik dengan umpan tiruan Geli-Geli ini?

Ada beberapa perkara menjadikan ia sangat efektif untuk semua jenis pancingan iaitu:

1. GETARAN (VIBRATION)

Ekornya akan bergetar secara automatik tanpa anda perlu melakukan sebarang karauan. Bagaimana ia bergetar jika tiada sebarang karauan?

Badan umpan tiruan Geli-Geli ini telah direka sebaik yang boleh untuk memastikan segmen yang ada padanya akan bertindakbalas dengan sebarang pergerakkan yang ada.

Apa yang kita sebagai pemancing perlu tahu ialah air berarus dan ini secara automatiknya akan menghasilkan pergerakan. Arus walaupun kecil inilah yang membuatkan segmen dibadan umpan Geli-Geli ini memberi tindakbalas dan mula bergerak. Getaran yang dihasilkan melalui arus ini akan memikat semua jenis ikan yang bergantung pada 1 perkara asas iaitu bunyi. Kebiasaanya ikan akan mula bertindakbalas untuk melakukan rondaan untuk mengetahui apa yang berlaku. Disinilah akan berlaku proses pemangsa menyerang mangsa jika ia nampak lazat dimana diet dan warna kena dengan persekitarannya.

Getaran juga berlaku semasa kita memegang rod pancing. Tangan kita sebenarnya tidak boleh berada dalam keadaan kaku. Macam mana pun akan ada sedikit getaran dimana ia akan menggerakkan umpan tiruan Geli-Geli ini. Disinilah akan berlaku vibration yang memanggil pemangsa untuk datang rapat.

2. BAU (SCENT)

Ramai tidak tahu umpan tiruan Geli-Geli sebenarnya ada perisa / ramuan rahsia yang dihasilkan di Malaysia oleh Kanicen Nix sendiri.

Ini menjadikan ikan yang bergantung pada bau seperti ikan baung, keli, ikan patin, belut dan sebagainya juga telah menjadi mangsa umpan Geli-Geli ini.

Ramuan rahsia ini dihasilkan sendiri dari pengalaman selama berkecimpung dalam dunia soft plastik. Sentiasa belajar dari jenama-jenama hebat dunia lain untuk memahami ‘mengapa”, “apa” dan “bagaimana” setiap umpan soft plastik tiruan mereka dibuat. Melalui pengalaman inilah membuatkan Kanicen Nix mencuba dan terus mencuba sehingga dapat ramuan yang sesuai.

Ramuan ini akan dihantar ke kilang setiap kali stok baru perlu dibuat. Ini bagi menjaga originaliti dan penat lelah segala usaha yang dilakukan. Bukan mudah untuk menjaga sesuatu produk tanpa ada sesuatu yang boleh dipegang tanpa dapat ditiru.

Mengapa perlu ada ramuan rahsia?

Ramuan rahsia ini perlu kerana dapat menjadi lain dari yang lain. Ini akan meletakkan produk Kanicen Nix lebih efektif dari jenama lain dan mendapat kepercayaan secara konsisten. Bukan mudah untuk dapatkan kepercayaan dari pengguna sebab itu kepercayaan perlu dilakukan secara konsisten, jujur dan tanpa ada rasa “cukuplah”.

3. LUMINOUS & UV

Umpan tiruan Geli-Geli didatangkan dengan ciri-ciri Luminous (bagi warna oren, pearl white, pink dan kuning) dan UV (bagi warna Gold Rush – Jembalang).

Luminous menjadikan produk Geli-Geli ini sangat sesuai digunakan pada waktu siang atau pun malam. Luminous mempunyai fungsi dimana ia menyerap cahaya sekeliling. Manakala UV juga amat sesuai digunakan pada waktu siap. Lagi panas lagi menyerlah warna UV nya.

Pada waktu siang anda tidak perlu bersusah payah untuk memberi cahaya kerana umpan ini mampu menyerap apa-apa cahaya yang ada pada siang hari dan menghasilkan kesan luminescence di dalam air. Pada waktu malam, anda hanya perlu lakukan ialah mendedahkannya kepada cahaya UV (boleh beli lampu UV di kedai hardware berharga sekitar RM10). Namun, jika terdesak anda boleh gunakan cahaya dari telefon pintar untuk meningkatkan kesan luminescence untuk pancingan waktu malam.

4. BAHAN (MATERIALS)

Umpan tiruan Geli-Geli ini dibuat dari bahan 50% PVC dengan campuran 50% bahan mesra-alam (seperti apa yang kami minta dari manufacturer atas faktor harga). Sebab itu umpan Geli-Geli ini tidak akan tenggelam terus apabila jatuh ke dalam air dan ia hancur apabila ia berada terlalu lama di atas tanah atau di dalam air dengan tindakbalas yang ada dipersekitaran.

Umpan Geli-Geli juga amat lembut dan ini membuatkan aksi keseluruhannya membuatkan ia lebih realistik dan menggoda pemangsa untuk melakukan serangan.

Ada beberapa perkara anda perlu tahu mengapa banyak jenama besar diluar sana juga umpan mereka dikatakan cepat hancur atau cair. Bagi sesetengah pemancing ia dianggap kekurangan namun sebenarnya tidak. Ia adalah kelebihan yang tidak ramai ketahui sebabnya.

Jawapan yang biasa diberi untuk pertanyaan sebegitu ialah:

1: Umpan yang lembut lebih mimik pada makanan ikan. Ia akan membuatkan ikan pemangsa terus menelannya. Sebab itu umpan Geli-Geli amat efektif dan hampir semua pemancing yang membeli produk Geli-Geli dapat hasil.

Anda merasakan ikan makan anda terus rasa gigitannya. Realitinya ikan telah mula menggemam umpan anda mili-saat sebelum anda sedar. Dan dalam masa inilah ikan akan bertindak secara natural (naluri) untuk membuat keputusan sama ada ia makanan ataupun sebaliknya. Sebab inilah ada umpan yang sangat efektif dan ada yang kurang efektif.

Dan sebab inilah juga amat penting memilih setup seperti rod, leader dan tali yang sesuai semasa mencari ikan yang ditarget. Kerana tahap sensitiviti rod dan setup lain-lain memainkan peranan penting supaya anda dapat rasa sejurus ikan memakan umpan anda.

2: Umpan yang bagus tidak mengandungi PVC 100%, plastisol atau phthalates, dan tidak beracun. Ini sangat penting untuk kelestarian alam.

3: Bahan unik ini juga secara semulajadi akan terapung dari tenggelam ke bawah, ia juga lebih kelihatan untuk pemangsa, lebih nampak hidup, dan menarik untuk ikan gamefish.

Jenama-jenama besar biasanya akan membuat umpan soft plastik yang berkualiti kerana mereka faham apa yang ikan mahu dan apa yang mereka perlu lakukan supaya alam sekitar terjaga. Harga yang dijual juga biasanya berkali ganda lebih mahal kerana proses pembuatan dan bahan yang digunakan amat mahal.

Umpan mahal datang dengan kualiti yang berbeza. Apabila ada kualiti ia lebih efektif jika ilmu, usaha dan cara penggunaan diselarikan dengan betul.

Harapan kami dimasa akan datang dengan keluaran soft plastik Grenti Strike kami ialah untuk membuat produk 100% mesra alam supaya dalam waktu yang sama kami dapat menyumbang ke arah “enviromental friendly” dimana produk ini akan lebih cepat bertindakbalas dengan persekitaran atau jika ia ditelan ikan sekalipun ia akan cepat hancur dengan tindakbalas asid yang ada didalam perut ikan. Dan ia juga tidak membahayakan manusia.

5. PENGGUNAAN

Bagi pemancing casting anda boleh gunakan umpan tiruan Grenti Strike Geli-Geli ini dimana-mana sahaja tidak kira air tawar ataupun air laut. Anda boleh gunakan mengikut teknik yang sesuai untuk memikat jenis ikan yang dicari. Anda boleh memasangnya dengan jighead, di jigs jika anda kaki jigging, drop shot, carolina rig, texas rig, drifting dan macam-macam cara lain yang anda terfikir. Tiada batasan.

Anda boleh belajar cara memasangnya di video ini:

Bermacam-macam spesis ikan telah dinaikkan dengan menggunakan umpan soft plastik Geli-Geli ini. Ikan seperti Siakap. Kerapu. Haruan. Sebarau. Bujuk. Siakap Merah. Jenahak. Boron. GT. Tilapia. Kerandang. Bulan. Peacock Bass. Baung. Lampam. Sikang. Tengas dan bermacam-macam spesis lain telah dinaikkan oleh semua penggemar soft plastik Geli-Geli keluaran Kanicen Nix.

Masuk group Kanicen Nix Support kami di link ini untuk hasil penggunaan umpan tiruan Geli-Geli:

https://www.facebook.com/groups/kanicennix/

KESIMPULAN

Kanicen Nix diklasifikasikan specialist dalam soft plastik kerana ia lebih kena dengan “jiwa”nya. Umpan tiruan soft plastik sebenarnya memberi lebih keseronokkan dalam menghasilkan pelbagai aksi yang tidak boleh dilakukan oleh umpan jenis hard baits. Namun, setiap jenis umpan ada kelebihan masing-masing dan perlu disesuaikan gunakan mengikut target ikan, lokasi pancingan dan kesesuaian dengan setup yang digunakan.

Bagi seorang yang specialist dalam soft plastik; apa yang penting ialah keunikan tersendiri dalam setiap produk Kanicen Nix. Sebagai pembuat produk sentiasa bertanya pada diri “apakah yang membuatkan produk Kanicen Nix lagi bagus dari produk lain?”. Ini adalah antara sebab kami tidak pernah puas dan terus berusaha membuat sesuatu yang berlainan walaupun sedikit namun ada identiti tersendiri. Berharap umpan tiruan Geli-Geli ini akan dinaik taraf supaya dapat menjadi antara produk yang berkualiti tinggi.

Kemajuan memerlukan ilmu, usaha, dan masa untuk digabungkan bagi melahirkan satu peluang untuk menjadi antara jenama ternama dunia.

Semoga ilmu yang diberikan ini dapat memberi anda informasi yang berguna. Sila share jika anda rasa rakan-rakan anda perlu mengetahuinya.

Sokongan anda akan membawa jenama tempatan Kanicen Nix ini lebih maju dari sebelumnya.

Terima kasih

Related posts

EVEN 5 YEARS OLD KID CAN STRIKE TARPON USING OUR GELI-GELI WORMS

Short But Sweet Trip To Hunt Barramundi

New Product: Braided Fishing Lines HALUS UPGRADED & HALUS SPOT LINE