JIKA RIG UNTUK UMPAN WORMS GELI-GELI KELUARAN KANICEN NIX

⚡️ “JIKA” Rig untuk Kanicen Nix Geli-geli ⚡️

Biasanya kalau guna KN Geli-geli, kita akan guna jighead. Tapi sebenarnya banyak lagi cara untuk rig softbaits ni. Salah satunya ialah “JIKA” Rig.

Saya kongsikan 3 varian/kaedah “JIKA” Rig yang saya selalu guna. Boleh rujuk pada gambar.
Teknik rigging ini banyak saya guna untuk casting Haruan lebih-lebih lagi untuk jenis ikan yang agak culas dan liat untuk menyerang umpan. Selalunya lepas cast saya akan biarkan tenggelam sampai dasar. Saya akan jerk rod sedikit dan karau, lebih kurang macam ketuk-ketuk micro jig di laut.

Sinker atau ladung jenis yang ada telinga ini dekat kedai pancing biasa ada jual, yang dalam gambar ini saiz dalam 3g. Kalau rasa nak cast jauh lagi boleh cuba pakai sinker yang lagi berat.

Hook pula saya suka guna dari jenis Iseama Ring saiz 9 atau 10. Pelbagai jenis hook lain boleh digunakan. Ikut pada kesesuaian. Sebenarnya, kalau rasa nak guna wormhook pun boleh untuk elakkan sangkut dekat samai atau struktur dalam air.

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk sahabat-sahabat semua.

Kredit: Pro Staff – Mohd Huzairy

Related posts

TIPS PANCING: STOP!!! JANGAN SANDARKAN ROD PANCING PADA DINDING RUMAH

TIPS PANCING: 3 MAKSUD UTAMA BERAT UMPAN PADA ROD PANCING

TIPS PANCING: 3 PERKARA PENTING PRODUK KANICEN NIX BOLEH MEMBANTU ANDA SEBAGAI PEMANCING