Teknik Wacky Rigging adalah antara teknik yang cukup saya suka apabila memancing ikan culas atau cerewet yang berada disekitar struktur seperti samai, rumput, batu dan kayu. Ini kerana ikan yang cerewet memerlukan persembahan dan penggayaan yang berbeza.
Apabila anda mendengar perkataan “mancing guna kaedah wacky rig” ia bermaksud mata kail dipasang pada tengah badan umpan jenis cacing seperti Nyot Nyot. Ada pelbagai cara untuk memasang umpan dan bagi saya ia adalah lebih pada cara masing-masing dan kemudahan yang ada. Antaranya ialah:
- Pilih mata kail yang sesuai dan yang mudah didapati. Tidak semua kedai ada jual Wacky Hooks yang sesuai jadi imaginasi amat penting disini dalam mencari mata kail dan cara yang sesuai.
- Anda juga memerlukan pemberat (nail weight) yang sesuai untuk mengimbangi umpan jenis cacing ini kerana ada umpan yang terapung dan ada jenis yang tenggelam. Jika sukar untuk mendapatkan pemberat jenis ini anda boleh gunakan hook yang ada pemberat seperti jighead, wacky hook yang ada pemberat dan sebagainya.
- Penggunaan sinker juga boleh dibuat untuk penyesuaian lokasi pancing. Jenis bulat lebih sesuai digunakan dikawasan yang berbatu dimana yang jenis bulat adalah lebih lebar dan dapat mengelakkan ia termasuk dicelah-celah rekahan batu.
- Penggunaan sinker tirus atau lonjong atau silinder sesuai digunakan di kawasan bersamai, rumput kerana iadapat menembusi celahan / ruang dengan mudah.
- O-Ring rubber boleh digunakan jika ia mudah didapati jika tidak tali pancing, getah, dawai, dan sebagainya boleh digunakan sebagai pengganti. Namun, tidak semestinya anda harus gunakan O-Ring rubber, anda juga boleh terus menyucuk pada badan umpan cacing. Bezanya ialah umpan akan cepat rosak.
Setelah memahami semua diatas tiba masanya memilih setup pancing yang sesuai. Pengalaman mengajar kita untuk lebih bijak membuat pemilihan mengikut kesesuaian. Saya mengesyorkan penggunaan setup spinning dengan tali yang halus kerana ia lebih memudahkan segala-galanya. Dan yang paling penting ialah anda dapat rasa setiap getuan dengan mudah dengan setup spinning.
Teknik Wacky Rig, Jika Rig, Drop Shot, Texas Rig dan sebagainya adalah lebih pada persembahan dan pengayaan yang menggunakan setup ringan (dalam bahasa lain Finesse Presentation). Jadi ia memerlukan deria dan sentuhan. Setiap getuan perlu dirasai dan cara terbaik ialah penggunaan setup spinning kerana anda pasti dapat merasakan semuanya.
Berharap tips mancing Wacky Rigging ini dapat membantu anda dalam memahami asas dalam game yang berlainan.
Jika anda ada pendapat lain, sila berkongi dengan kami.
Sila save. Sila tag. Sila share jika anda merasakan ilmu pancing “JOM BELAJAR TIPS MUDAH: TEKNIK WACKY RIGGING” ini dapat membantu anda dan rakan-rakan lain untuk lebih menikmati hobi mancing. Ilmu tidak pernah habis jadi terus belajar dan terus majukan diri.