Kanicen Nix – Kaki Bako Versi Bahasa

Inspirasi

Bagi kami di Kanicen Nix, aktiviti memancing seharusnya seronok sambil berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama rakan-rakan sebagai satu komuniti yang positif. Pancingan Ultralight sentiasa menjadi tumpuan dimana keseronokan dan kegembiraan yang tidak terkira apabila ikan memakan umpan, kegigilan menahan asakan dan cuba untuk memastikan ikan itu dapat didaratkan. Kemahiran yang diperolehi itu dijadikan sebagai pengalaman yang tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Model terbaru kami diberi nama “KAKI BAKO” dengan slogan “Bako Sampai Rentung” bermotifkan mendidik kaki-kaki pancing dalam memahami sebagai pemancing kita mencari cabaran dan harus seronok. Di samping itu dengan nama “KAKI BAKO” kami memberi peluang untuk pemilik rod untuk mempengaruhi rakan-rakan mereka dengan cara meracuni dengan hasil tangkapan tetapi dengan cara bersuka-ria. Momentum ini secara tidak langsung akan mendidik semua pemancing akan lebih memahami jiwa sebagai pemancing dan apa tujuan sebenar.

Sebagai penghormatan kepada pencipta rod, Kanicen Nix, yang sememangnya suka mempengaruhi dan mengusik rakan-rakannya untuk menjadi ketagih pada pancingan Ultralight disamping menerapkan dengan isi-isi berbentuk didikan dan perkongsian supaya pengetahuan dan pengalaman yang ditawarkannya ketika memancing itu dapat memberi manfaat pada semua lapisan komuniti pemancing. “KAKI BAKO” bakal menjadi satu trend yang akan memberi senyuman pada semua kaki pancing.

Rod ini yang direka dan dicipta dengan teliti mengambil masa 2 tahun penyelidikan dan pembangunan untuk disiapkan. Kami memastikan rod ini lebih berjiwa dan berkualiti dari rod ultralight kami yang sebelumnya.

Yang pasti rod KAKI BAKO ini dijual sebagai versi Limited Edition.

Konsep Rod – Pancingan Aliran Sungai

Sebagai pemancing Ultralight yang tegar, kami tahu dimana keseronokannya yang sebenar dan kegembiraan apabila dapat mendaratkan ikan seperti Sebarau, Tengas, Bujuk, Haruan Kedak, Seluang dan sebagainya lagi-lagi dengan setup yang halus; dengan rod yang ringan dan lebih sensitif seperti bukan memancing dengan rod tetapi seperti menggunakan tangan sendiri.

KAKI BAKO, rod terbaru kami mampu memberi pemancing Ultralight untuk merasai setiap pergerakan halus dan pergerakan sensitif yang diperlukan untuk memburu segala jenis ikan aliran jeram/sungai yang sesuai.

Di samping itu, selain sensitiviti, kami di Kanicen Nix, memastikan produk baru kami direka dan dibuat dengan menggunakan bahan nano karbon gred tinggi yang bertujuan untuk memberi tahap sensitiviti yang tinggi, fleksibel, parabolik dan dibina untuk menahan asakan target ikan-ikan yang sesuai.

Reka-bentuk rod kami kali ini adalah gabungan antara kedua-dua konsep rod vintaj dan moden dengan tujuan untuk membawa identiti yang lebih segar dan rasa yang bergaya untuk pasaran semasa.

Spesifikasi Rod

Panjang rod ialah 6 kaki, mengikut Penyelidikan yang telah kami jalankan, terbukti bahawa ini adalah panjang yang optimum untuk memancing di majoriti sungai-sungai / kawasan aliran air jeram kita. Aksi rod moderate fast membolehkan pengguna untuk melontar gewang dari 0.5g sehingga 3.0g gewang untuk rod spinning dan 0.8g sehingga 3.0g untuk rod bait casting.

Sensitivi rod akan memberi kelebihan kepada pemancing untuk merasakan sensasi getaran gewang walaupun semasa casting. Ini membolehkan pemancing mempunyai kawalan yang lebih baik ke arah lontaran dan dapat jarak yang mereka mahu semasa membuat lontaran. Gewang yang sesuai untuk digunakan dengan rod ini ialah dari saiz maksima 2cm dengan berat 3g untuk spoon dan 5cm untuk soft plastik untuk membolehkan pengguna dapat memanfaatkan prestasi optimum dan sensitiviti rod.

Poundage rod terbaru kami diberi rating maksimum 3lbs (XUL) untuk kedua-dua jenis tali pancing sama ada mono atau braided. Untuk prestasi yang optimum dengan rod ini, kami mengesyorkan untuk menggunakan tali pancing dari 1 – 2lbs untuk merasai proses pancingan yang lebih lancar. Rod dibina dengan sempurna untuk ikan dari ukuran dari 3 – 15cm panjang. Ia adalah rod yang direka untuk peminat-peminat untuk menikmati citarasa pancingan aliran sungai.

Teknologi blank yang digunakan dalam penciptaan rod terbaharu kami berbeza daripada ciptaan rod terdahulu kami. Di sini, kami memilih untuk menggunakan 30T + 36T (IM7 & IM8) blank modulus yang lebih ringan daripada rod terdahulu kami. Kami menggunakan blank Nano Karbon Tinggi teknologi Jepun dengan pembentukan rekaan silang. Ini memberi kelebihan pada rod ini untuk mencapai tahap sensitiviti maksimum kerana rod kali ini adalah amat halus buatannya dan direka untuk pancingan sungai.

Bayangkan situasi ini, anda berada di aliran jeram atau tepi sungai dan anda membuat lontaran dan semasa karauan tiba-tiba terkena satu hentakan ikan yang padu. Hentakan ikan itu membuatkan rod itu melentuk dengan lengkungan cantik, dimasa anda menikmatinya bending rod itu, ikan membuat larian ke kiri dan kanan dimana anda merasai setiap arah pergerakannya dan anda juga dapat merasai setiap asakannya seperti ia ikan yang amat besar padahal saiznya hanya 2 jari.

Ini adalah jenis rod pancing yang kami reka membolehkan para pemancing menikmati kegembiaraan tahap yang optimum untuk pancingan aliran jeram (stream fishing) atau sungai dimana anda tidak akan terlepas dari merasai getaran dan sensitiviti rod terbaru kami, KAKI BAKO.

Kami di Kanicen Nix tahu dan faham betapa pentingnya rod yang mempunyai hook keeper lebih-lebih lagi rod yang halus. Kini, dengan KAKI BAKO, anda boleh bergerak dan memancing ikan di sungai dengan minda yang tenang dari kerisauan mata kail tersangkut di ranting, daun, persekitaran, atau lebih teruk lagi pada anggota badan.

Corak Blank

Corak blank pada rod telah disesuaikan untuk dipadankan pancingan stream fishing / aliran sungai kerana ia adalah corak gelombang arus. Kami memilih kombinasi warna biru kehijauan dan hitam untuk jiwa yang menyamai dengan alam persekitaran. Apa yang menarik dengan corak ini ialah ia akan memberi pantulan seperti glowing apabila ia terdedah pada cahaya.

Cincin Rod

Untuk rod yang mempunyai aksi cepat yang sederhana (moderate fast action), adalah penting untuk menggunakan cincin rod yang ringan dan kami telah gabungkan dengan cincin berkualiti tinggi yang mempunyai single arm dan kami telah memilih saiz yang teliti untuk memastikan pemancing mampu untuk menikmati sesi pancingan yang lebih seronok.

KAKI BAKO, dilengkapi dengan tip yang lebih ringan memberi kelebihan untuk memberikan sensitiviti yang maksimum berbanding dengan rod pancing yang lain. Pancingan aliran jeram / sungai memerlukan ketepatan lontaran dan benar-benar perlu berhati-hati untuk menggelakkan ikan terkejut semasa memancing. Oleh itu rod ini di cipta dengan pengetahuan dan pengalaman yang kami ada untuk meningkatkan ketepatan casting dengan ketara ia secara tidak langsung meningkatkan peluang strike ikan untuk game yang amat sensitif.

Dengan cincin yang lebih kecil, kebarangkalian tali berpintal telah berkurangan secara drastik dengan mengekalkan tali pancing selaras dengan blank. Rekaan ini mengurangkan tekanan pada cincin rod spinning yang sebelum ini menjadi punca tali pancing berpintal. Ini akan mengurangkan tekanan pada pemancing semasa memancing.

Untuk rod spinning kami menggunakan cincin KLSG & ATLSG dan untuk rod bait casting kami menggunakan cincin KTSL & KWLSG untuk memastikan keselesaan maksimum, kawalan yang mantap, memberi tahap sensitiviti yang tinggi dan juga ketahanan yang diperlukan untuk pancingan aliran jeram / sungai.

Reel Seat / Cork Handle / Cork Reel Lock / Cork Butt

Seperti yang telah kami kongsikan sebelum ini, reka-bentuk rod kami kali ini adalah lebih kepada rod vintaj dan moden. Kami mahu mengekalkan feel rod menjadi lebih vintaj kerana ia membolehkan pemancing berasa lebih selesa dan santai sambil memancing. Aksesori krom meningkatkan aspek moden reka-bentuk rod, dan ini memberi rupa yang lebih segar dan menarik. Logo “Kanicen Nix” diukir dapat dilihat pada logam butt section sebagai sentuhan tambah kelas dan gaya kepada penciptaan rod baru kami, KAKI BAKO.

Reel seat dibuat daripada Birdseye Mapple gred tinggi (seperti Burl Stabwood) yang telah digilap menambahkan sentuhan kelas yang tampak bergaya.

Saiz reel yang disyorkan untuk dipasangkan dengan rod terbaharu kami dari saiz 500 – 2000 spool cetek tidak melebihi 180g berat reel. Untuk mendapatkan kepuasan, keseronokan dan pengalaman yang tidak terkata, rod KAKI BAKO direka untuk membolehkan pemancing menikmati pancingan jeram / sungai.

Harga

KAKI BAKO dijual RM290.00 di Malaysia dan sekitarnya. Untuk pembelian pukal atau membuat tempahan khas boleh hubungi kami untuk sebut harga.

Pembelian

Anda boleh hubungi kami di laman Facebook kami di: