What You Need To Know
Haruan Palas is the local name in Malaysia also known as Channa Melasoma or globally known as the Black Snakehead. Black Snakehead has a bluish/greenish color on the lower part of its body while other parts are slightly dark or slightly brown depending on the quality of the water.
Distribution
It is a snakehead species native to Thailand, Indonesia, Malaysia, Philippines, and Singapore.
Habitat
The Black Snakehead inhabits large to medium rivers that consists of acidic water and submerged roots. The Black Snakehead inhabit swampy areas and areas where the water pH content is low or easily said to be quite acidic.
Diet
The main diet is fry fish as well as shrimp, frogs, crickets and worms. This commercially important species reaches a length of 30cm (12 inch).
Taxonomy
Scientific Name: Channa Melasoma
Rank: Species
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Perciformes
Family: Channidae
Genus: Channa
Species: Melasoma (Bleeker, 1851)
Other Given Names: Bakak, Bakap, Haruan Belang Hitam, Haruan Ekor Merah, Kadaq, Manu
How to Fish?
Best Time
Like Channa Limbata you can hunt them anytime because they can be found at inland with small streams, shallow swamps and slow-moving rivers in jungle.
Recommended Baits
Flies, small soft baits like worms, grub, small spoons work well. Geli-Geli, Brudu & Silau works really well.
Casting Tips
The first thing you should know about Black Snakehead is they get spook easily. So, you need to really control your movements. They are a fierce fish. Territorial like other snakehead species. They always hide under structures, weeds, holes or dead leaves.
Small baits like soft baits, soft frog and spoons would be perfect for them. Cast, jerk it slow. When it chases the baits, you can even drop it to the ground. They will take and run.
Catch and Release
I would highly recommend you to practise catch and release since this species is really hard to find. So, do your best to protect the fish. Use landing net and proper hooks. Release it safely for the future.
There you go. Hope you enjoy reading and watching the video. Till next fish.
If you have other opinions don’t forget to share them with us.
Do save. Do tag. Do share if you feel this information can help friends to better enjoy fishing. Keep learning and keep improving yourself.
Thanks for watching. Stay safe.
All information given in this video is just basic and abbreviated for brief educational purposes. If there are additions, errors and mistakes please inform us for changes. Please contact us if we have used your photo without your permission. The video is done by our part time editor and the intention of using is for education purpose only.
BAHASA VERSION
Jom Belajar Pasal Ikan: Haruan Palas
Apa Yang Perlu Anda Ketahui
Haruan Palas adalah nama tempatan di Malaysia yang juga dikenali sebagai Channa Melasoma atau di seluruh dunia ia dikenali sebagai Black Snakehead. Haruan Palas mempunyai sirip yang berwarna kebiruan / kehijauan di bahagian bawah badannya sementara bahagian lain ia sedikit gelap atau sedikit coklat bergantung pada kualiti air.
Sebaran
Ia adalah spesies ikan berkepala ular (snakehead) yang berasal dari Thailand, Indonesia, Malaysia, Filipina, dan Singapura.
Habitat
Haruan Palas mendiami sungai besar hingga sederhana yang biasanya air berasid dan suka mendiami akar-akar pokor tenggelam. Haruan Palas juga mendiami kawasan berpaya dan kawasan di mana kandungan pH air yang rendah atau mudah dikatakan cukup berasid.
Diet
Makanan utamanya adalah anak-anak ikan, udang, katak, cengkerik dan cacing. Spesies yang penting dari segi komersial ini boleh mencapai panjang sehingga 30cm (12 inci).
Taksonomi
Nama Saintifik: Channa Melasoma
Peringkat: Spesies
Kerajaan: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Susunan: Perciformes
Keluarga: Channidae
Genus: Channa
Spesies: Melasoma (Bleeker, 1851)
Nama Diberikan Lain: Bakak, Bakap, Haruan Belang Hitam, Haruan Ekor Merah, Kadaq, Manu
Bagaimana Memancingnya?
Waktu Yang Sesuai
Seperti Haruan Kedak, anda boleh memburunya bila-bila masa sahaja kerana ia boleh dijumpai di kawasan redup pendalaman dari sungai kecil, paya dangkal dan sungai yang mengalir perlahan di hutan.
Umpan Yang Disyorkan
Pelbagai umpan boleh digunakan untuk memburu Haruan Palas dari umpan tiruan soft plastik seperti cacing, grub, sesudu atau umpan pancing layang berfungsi dengan baik. Antara umpan yang biasa digunakan iala hGeli-Geli, Brudu & Silau ternyata berkesan.
Petua Casting
Perkara pertama yang harus anda ketahui mengenai haruan Palas ialah ia mudah terkejut. Jadi, anda perlu betul-betul mengawal pergerakan anda supaya ia tidak menjadi takut. Haruan Palas adalah sejenis spesis ikan berkepala ular yang amat garang. Ia spesis berwilayah seperti spesis kepala ular yang lain. Kebiasaannya haruan Palas suka bersembunyi di bawah struktur, rumpai, lubang, akar-akar pokor yang menjalar di dalam air atau daun mati. Pemilihan umpan yang bersaiz sesuai amat penting untuk memburu haruan Palas. Tidak kira jenis apa haruan Palas akan mengejarnya. Teknik yang amat mudah dimana anda boleh membuat lontaran umpan ke lubuk yang sesuai dan buat karauan terus atau aksi "jerk" dengan perlahan. Apabila ia mengejar umpan, anda boleh terus membuat karauan atau anda juga boleh membuat karauan perlahan-lahan serta membiarkan umpan jatuh ke dasar. Biasanya ia akan mengutip dan membawanya lari seperti ia mengemam makanan.
Tangkap dan Lepas
Anda disyor untuk mengamalkan Tangkap dan Lepas kerana spesies haruan Palas ini sangat sukar dijumpai. Jadi, buat yang terbaik untuk melindungi ikan ini.
Jika anda setuju dengan pandangan ini latihlah diri anda cara Tangkap dan Lepas yang sesuai. Gunakan tangguk untuk mendaratkan ikan dan gunakan mata kail yang sesuai. Lepaskan ikan itu dengan selamat.
Semoga anda dapat memanfaatkan informasi ringkas bertajuk “Jom Belajar Pasal Ikan: Seluang, Rasbora” ini. Moga artikel dan video ini dapat membantu kita semua memahaminya dengan lebih baik.
Jika ada pendapat lain jangan lupa kongsilah dengan kami.
Sila save. Sila tag. Sila share jika anda merasakan ilmu ini dapat membantu rakan-rakan lain untuk lebih menikmati hobi mancing. Ilmu tidak pernah habis jadi terus belajar dan terus majukan diri.
Terima kasih. Stay safe.
Nota: Segala informasi yang diberi di dalam video ini adalah asas dan dipendekkan untuk tujuan didikan ringkas. Jika ada tambahan, salah dan silap mohon info kami untuk perubahan. Sila hubungi kami jika kami menggunakan gambar ini tanpa kebenaran anda. Tujuan video ini dibuat adalah untuk didikan sahaja.