Let’s Learn About Fish: Sebarau – Hampala Barb – Jungle Perch

What You Need To Know

Hampala Macrolepidota is a freshwater species and quite popular in Malaysia & is the Latin name for Sebarau. Globally it is known as Hampala Barb and Jungle Perch.

Species belonging to Cypriniformes in the large family Cyprinadae. It is a native species in most South-East Asia country like Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Laos and Vietnam.

In Malaysia, Hampala can be found in many rivers and lakes. Mountain rivers are one of the best locations.

For Hampala in the Borneo Islands, they are slightly different because they have two stripes compared to Hampala in the Peninsula.

In general, Hampala habitats are more concentrated in areas of clear water rivers, have high oxygen levels, rocky and sandy water runoff areas.

However, Hampala also have suitability in highland or lowland areas and can inhabit muddy areas and without currents such as lakes.

Taxonomy

Scientific name: Hampala
Species: Hampala Macrolepidota (Kuhl & van Hasselt, 1823)
Higher classification: Minnows and Carps
Order: Cypriniformes
Family: Cyprinidae
Rank: Genus
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Common name: Hampala Barb, Jungle Perch

How to Fish?

The first thing you should be aware; Hampala is known as River Wolves so they love hunt in packs. Monsters usually they travel alone or with couple. They are a very fast swimmer and a hard hitting fish.

Hampala always close to structures waiting to ambush passing prey. So, casting very close to or better still, into snaggy areas will usually yield more action. They travel around to open spot only when they are really hungry or during feeding frenzy.

Best Time

Best time to hunt Hampala is during the rainy season or monsoon season. Hampala will migrate to the upstream areas that are flooded for mating and breeding purposes. Early morning and later in the evening will be the best time to hunt Hampala.

Recommended Baits

The Hampala is an excellent fish to target with artificial baits such as lures, spoons and flies. Silau spoon by Kanicen Nix is specially created for this species.

Other common lures that normally used by anglers are top water like pencils and poppers. Top water lures usually will attract monsters.

Casting Tips

Smaller size usually can be found near fast flowing, clear and shallow rivers. While larger sizes prefer to inhabit deeper areas and are often concentrated in areas that have objects such as woods, rocks or other structures.

Your target casting spots is very important when you hunt for Hampala. The fish is extremely sensitive, so it is good to have a good casting distance.

Choose your right setup when hunting for Hampala. For small, ultralight fishing setup should do the work. For bigger size then light-medium setup is highly recommended due to its nature of being the strongest river predator.

Catch and Release

If you enjoy sport fishing make sure to practice some good way to catch and release. Use landing net and proper hooks. Release it safely.

If you hunt for meat make sure to avoid smallest or size that are too big. Avoid taking back all. Take some. Reserve some.

Remember, we should protect our native species.

There you go. Hope you enjoy reading and watching the video. Till next fish.

If you have other opinions don’t forget to share them with us.

Do save. Do tag. Do share if you feel this information can help friends to better enjoy fishing. Keep learning and keep improving yourself.

Thanks for watching. Stay safe 🙂

All information given in this video is just basic and abbreviated for brief educational purposes. If there are additions, errors and mistakes please inform us for changes. Please contact us if we have used your photo without your permission. The video is done by our part time editor and the intention of using is for education purpose only.

BAHASA VERSION

Jom Belajar Pasal Ikan: Sebarau – Hampala Barb – Jungle Perch

Apa Yang Perlu Anda Ketahui

Hampala Macrolepidota adalah spesies air tawar dan cukup popular di Malaysia dan adalah nama Latin untuk Sebarau. Di peringkat global ia dikenali sebagai Hampala Barb dan Jungle Perch.

Ikan Sebarau adalan spesies milik Cypriniformes dalam keluarga besar Cyprinadae. Ia adalah spesies asli di kebanyakan negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Laos dan Vietnam.

Di Malaysia, Sebarau terdapat di banyak sungai dan tasik. Sungai pergunungan adalah salah satu lokasi yang mudah ditemui.

Bagi Sebarau di Kepulauan Borneo, mereka sedikit berbeza kerana mempunyai dua jalur berbanding dengan Sebarau di Semenanjung.

Secara umum, habitat Sebarau lebih tertumpu di kawasan sungai dengan air jernih, mempunyai kadar oksigen yang tinggi, kawasan aliran air berbatu dan berpasir.

Namun, Sebarau juga mempunyai kesesuaian di kawasan dataran tinggi atau dataran rendah dan dapat mendiami kawasan berlumpur dan tanpa arus seperti tasik.

Taksonomi

Nama Saintifik: Hampala
Spesis: Hampala Macrolepidota (Kuhl & van Hasselt, 1823)
Kelas: Minnow dan Carps
Susunan: Cypriniformes
Keluarga: Cyprinidae
Peringkat: Genus
Kingdom: Animalia
Filum: Chordata
Nama Biasa: Hampala Barb, Jungle Perch

Bagaimana Memancingnya?

Perkara pertama yang anda harus tahu ialah Sebarau dikenali sebagai River Wolves yang bermaksud Serigala Sungai kerana ia suka memburu secara berkumpulan sebab itu ia digeruni. Sebarau yang bersaiz besar (monster) biasanya bergerak secara solo atau bersama pasangan. Ikan ini adalah perenang yang sangat kuat dan digeruni oleh pemancing kerana ia spesis yang akan menyerang umpan dengan sangat kuat.

Sebarau kebiasaanya berlegar atau mengendap sekitar struktur untuk menyerang mangsa yang melalui sekitar kawasannya atau yang hanyut oleh arus. Oleh itu, jika anda ingin memburunya membuat lontaran ke arah reba, kawasan yang berstruktur biasanya akan ada yang membuat serangan. Sebarau biasanya berenang ke arah kawasan yang terbuka apabila ia terlalu lapar atau semasa memburu dengan kawanannya. Semasa ini anda boleh perhatikan keadaan air yang seperti mendidih (boiling / frenzy).

Waktu Yang Sesuai

Waktu yang sesuai untuk memburu Sebarau adalah semasa musim hujan atau musim tengkujuh. Sebarau akan berhijrah ke kawasan hulu yang ditenggelami air untuk tujuan pembiakan atau menghempas telur. Waktu pagi dan lewat petang adalah antara waktu yang cukup sesuai untuk memburu ikan Sebarau kerana ia biasanya waktu makan (feeding time).

Umpan Yang Disyorkan

Sebarau adalah ikan yang sangat seronok dipancing dengan menggunakan umpan tiruan seperti gewang, sesudu dan umpan pancing layang. Sesudu (spoon) Silau keluaran Kanicen Nix telah dicipta khas untuk spesies ini.

Gewang lain yang biasa digunakan oleh pemancing adalah air gewang atas (top water lures) seperti pensil dan popper. Gewang atas ini biasanya akan menarik ikan Sebarau bersaiz mega.

Petua Casting

Saiz ikan Sebarau yang kecil biasanya boleh ditemui berhampiran air sungai yang deras, jernih dan cetek. Manakala ikan Sebarau yang bersaiz mega biasanya lebih suka berkeliaran di kawasan yang lebih dalam dan sering tertumpu di kawasan yang mempunyai struktur seperti kayu, batu atau lain-lain.

Lokasi sasaran umpan anda sangat penting ketika memburu ikan Sebarau. Ikannya sangat sensitif, jadi adalah bagus jika anda menjaga jarak casting dengan lubuk yang ingin disasarkan.

Persediaan yang baik dan tepat juga memainkan peranan yang penting jika anda ingin memburu ikan Sebarau. Jika kawasan sasaran anda penuh dengan yang bersaiz kecil maka penggunaan setup ultralight sudah memadai. Namun, jika sasaran anda adalah yang bersaiz mega maka setup light ke atas adalah lebih sesuai dan disarankan kerana sifatnya sebagai pemangsa sungai terkuat.

Tangkap dan Lepas

Sekiranya anda menikmati sukan memancing, pastikan anda melatih diri anda cara Tangkap dan Lepas yang sesuai. Gunakan tangguk untuk mendaratkan ikan dan gunakan mata kail yang sesuai. Lepaskan ikan itu dengan selamat.

Sekiranya anda memburu untuk makanan, pastikan untuk melepaskan yang kecil atau ukuran yang terlalu besar. Elakkan mengambil kesemua hasil tangkapan. Ambil sedikit. Lepaskan yang lain.

Ingat, kita harus melindungi spesies asli kita. Jika bukan kita siapa lagi. Setiap langkah yang diambil mampu membuat perubahan.

Semoga anda dapat memanfaatkan informasi ringkas bertajuk “Jom Belajar Pasal Ikan: Sebarau – Hampala Barb – Jungle Perch” ini. Moga artikel dan video ini dapat membantu kita semua memahaminya dengan lebih baik.

Jika ada pendapat lain jangan lupa kongsilah dengan kami.

Sila save. Sila tag. Sila share jika anda merasakan ilmu ini dapat membantu rakan-rakan lain untuk lebih menikmati hobi mancing. Ilmu tidak pernah habis jadi terus belajar dan terus majukan diri.

Terima kasih. Stay safe 🙂

Nota: Segala informasi yang diberi di dalam video ini adalah asas dan dipendekkan untuk tujuan didikan ringkas. Jika ada tambahan, salah dan silap mohon info kami untuk perubahan. Sila hubungi kami jika kami menggunakan gambar ini tanpa kebenaran anda. Tujuan video ini dibuat adalah untuk didikan sahaja.