Soft plastik terbaru Kanicen Nix Grenti Strike juga akan menemui pasaran tidak lama lagi. Setelah hampir 2 tahun team produksi Kanicen Nix berusaha membuat soft plastik model baru akhirnya Pak Lyee dapat mencubanya juga.
Trip Petang Memburu Peacock Bass
Kali ini saya bergerak ke lokasi pancing bersama seorang lagi rakan untuk memburu ikan yang menjadi kegilaan ramai pemancing akibat kerakusannya mengambil umpan iaitu Peacock Bass atau di Malaysia ia lebih dikenali sebagai Ikan Raja.
Apabila sampai di lokasi saya mengeluarkan soft plastik yang diberi nama Geli-Geli berwarna Pink. Memang kena pada namanya kerana badannya seperti cacing dan terasa gelinya. Macam cacing hidup pulak. Hahaha… 😀
Design soft plastik kali ini sememangnya berlainan sekali dengan semua yang pernah saya pakai sebelum ini. Badan soft plastik Geli-Geli ini agak fleksibel dan seperti kedengaran getaran setiap kali digoyanhkan. Wow… lain macam hati Pak Lyee berbisik.
Grenti Strike Geli-Geli Renangan Natural
Saya mengambil keputusan untuk membuat perabut dulu dalam 1 kaki setengah bila siap saya terus membuat lontaran menggunakan soft Plastik “Geli-Geli” berwarna Pink. Ternyata bisikan hati tadi benar sekali. Lenggokkan ekor soft plastik cukup menawan dan amat lemah lembut. Mat salleh cakap “natural”. Saya tidak perlu bersusah payah untuk membuat aksi pada soft plastik itu. Amat mudah jadinya. Ia berenang seperti cacing hidup. Cantik sekali.
Dikala mengelamun sambil membuat aksi jerk Geli-Geli di sambar oleh ikan dengan keras. Sekor ikan Peacock Bass curut. Selamat dari kumpaw. Hahaha 😛
Seperti biasa Pak Lyee akan guna rod Kanicen Nix Sailang. Setiap lontaran terasa berlainan sekali dengan kepaduan dan jarak lontaran. Seperti biasa Pak Lyee suka mengulangi untuk kepastian. Pak Lyee cuba hantar pelbagai hala tuju dan memang betul tepat dan padu. Pak Lyee terasa tak perlu bersusah payah. Wahhh… suka betul bila tak perlu pening kepala nak fikir bagaimana nak kawal pelbagai perkara bila guna soft plastik.
Strike Tanpa Henti
Bila percubaan pertama berjaya, Pak Lyee meneruskan mencuba dengan Geli-Geli berwarna Kuning pula kali ini. Alhamdulillah, sekali cast terus mendapat sambutan. Saiz curut ikan peacock bass. Port Pak Lyee main ni port baru jadi ikannya semua sama je saiznya. Insyallah akan membesar masa tu boleh “bako” saiz yang lagi padu.
Pak Lyee fikir kalau Geli-Geli Pink dan Kuning dah menjadi takkan warna lain tak menjadi pulak kan. Terus Pak Lyee bukak box keluarkan soft bait kaler Oren dan Pearl White. Hasilnya memberangsangkan. Sekejap jer terus mendapat sambaran.
Kepuasan yang amat sangat dengan strike yang tidak henti-henti. Ternyata soft plastik Grenti Strike ini kena pada namanya. Apa pun Pak Lyee percaya semua ini perlukan usaha dan perlukan ilmu berkenaan ikan yang di cari. Kombinasi ini yang akan membantu untuk membuat strike. Percaya pada rezeki dan usaha. Yang pasti Geli-Geli akan menjadi soft plastik idaman Pak Lyee sebab ia memudahkan dalam banyak aspek. Ia lembut, renangan cantik, tak perlu bersusah payah untuk mengaksikannya, lontaran padu dan tepat.
Penutup
Sudah sampai penutup trip kali ini. Berharap rakan-rakan happy dengan artikel Pak Lyee dengan artikel soft plastik Grenti Strike design terbaru Kanicen Nix. Berharap kawan-kawan dapat sedikit pengetahuan berkenaan produk Kanicen Nix. Jika nak beli pastikan beli yang original yer. Support lah rakan kita yang berusaha membawa nama Malaysia ke luar negara.
Terima kasih
Boleh klik link di bawah untuk membaca info lebih lanjut mengenai produk: Kanicen Nix Grenti Strike Geli-Geli.