Lyee Caster: Mencuba Spoon Design Terbaru Kanicen Nix “Silau”

Setelah sekian lama menunggu akhirnya spoon terbaru Kanicen Nix “Silau” siap juga produksinya. Kali ini saya dapat peluang untuk mencuba spoon Kanicen Nix design terbaru seberat 3g yang direka khas untuk ikan sebarau sungai. Ada 2 warna iaitu Gold dan Silver. Design kali ini agak berlainan sedikit dari sebelumnya walaupun hampir sama tetapi nampak kilat pada spoon lebih menyerlah dan ada sesuatu yang pelik dari spoon sebelumnya. Kepala spoon berada di bahagian bawah membuatkan saya berfikir sejenak mengapa agaknya.

Seperti biasa saya akan bergerak ke port yang di diami ikan Sebarau/Hampala. Port yang saya tuju kali ini adalah port belakang rumah dalam ladang yang selalu menjadi tumpuan orang yang tidak bertanggungjawap iaitu kaki karen.

Saya menuju ke port ini dengan harapan semasa musim hujan air sungai menjadi deras dan tinggi jadi ada kemungkinan ikan sempat mudik naik ke hulu ke kawasan jeram. Dalam fikiran saya lebih baik saya mencuba dahulu sebelum air mula surut dan menjadi tumpuan kaki karen.

Sampai sahaja di port saya terus membuat lontaran menggunakan spoon Kanicen Nix “Silau” berwarna Gold dengan rod spining Sailang 2-6lb. Amat berlainan sekali rasa kepaduan dan jarak lontaran. Saya ulangi beberapa kali dan dapati hala tuju spoon terbaru ini lebih tepat berbanding sebelumnya. Sedang saya khayal dengan kelebihan spoon ini tiba-tiba umpan saya terkena satu sambaran yang agak keras. Wow… sebarau sebesar 4 jari memberi hentakan yang agak padu.

Saya meneruskan mencuba spoon “Silau” kali ini saya mengeluarkan warna silver. Alhamdulillah, jika rezeki memang tidak kemana. Lubuk yang sama dihentak dengan lebih rakus oleh ikan sebarau. Saiz yang lebih besar dari sebelumnya membuat hati penuh dengan kepuasan.

Walapun spoon sebelum ini iaitu Red Eye beraksi dengan baik tetapi keluaran spoon design terbaru Kanicen Nix yang dinamakan “Silau” ini ternyata lebih mantap dari segi bentuk dan warna yang lebih menyerlah dari versi sebelumnya. Percubaan pertama sangat memuaskan.

Sampai di sini dulu artikel untuk spoon design terbaru Kanicen Nix “Silau”. Berharap anda dapat sedikit pengetahuan berkenaan produk Kanicen Nix. Untuk info lebih lanjut pastikan anda lawat website www.kanicen.com. Pelbagai info lengkap ada diberi.

Dan saya akhiri dengan video utk tatapan caster yang ingin memburu spesis ikan sungai Sebarau / Hampala.

Terima kasih 🙂

Related posts

FISHING TRIP. DON’T BE TOO SERIOUS. JOKES ARE NEEDED WHEN FISHING

BIGEYE TREVALLY AND BIGEYE SCAD NIGHT FISHING USING GELI GELI SOFTBAIT

SAILFISH ON ULTRALIGHT FISHING SETUP