Memancing Adalah Lebih Kepada PENGALAMAN Dan PENGEMBARAAN BUKAN Hasil Tangkapannya

Memancing adalah lebih kepada PENGALAMAN & PENGEMBARAAN BUKAN Hasil Tangkapannya tidak semua pemancing mungkin dapat menerima fakta ini kerana lain orang lain cara, lain orang lain kehendaknya. Apa pun ia tidak salah, ia cuma berbeza pendapat yang boleh dikongsi untuk semua.

Mungkin anda semua pernah mendengar pepatah ini, “A bad day of fishing is better than a good day of anything else!”.

Pepatah ini membawa maksud pergi memancing lebih baik dari segala-galanya.

Ini kerana setiap lontaran yang dibuat sentiasa membawa harapan baru walaupun anda kumpaw. Last cast… Last cast… tetapi penyudahnya berpuluh-puluh kali dibuat selepas mengatakan last cast itu adalah harapan yang kita letak semasa memancing. Sebab itu hari memancing walaupun kumpaw ia adalah lebih baik dari hari melakukan perkara lain selain dari mancing.

Memancing adalah lebih kepada PENGALAMAN & PENGEMBARAAN bukan hasil tangkapannya. Sebab itu bagi yang memahaminya mereka akan lebih menikmati aktiviti mancing. Ia amat berbeza dengan golongan yang inginkan hasil dalam setiap trip pancing. Sebab itu ia dipanggil memancing bukannya menangkap ikan. Ia adalah satu aktiviti yang memerlukan pelbagai ramuan untuk mendapatkan hasilnya. Dan ramuan ini adalah proses yang memerlukan masa, ilmu, usaha sebelum ada rezeki yang boleh memberi senyuman dan dijadikan sebagai satu memori manis yang boleh dikongsi pada semua orang.

Moga artikel ini dapat memberi anda sedikit ilmu. Jika anda ada pendapat lain, sila berkongsi dengan kami.

Sila save. Sila tag. Sila share jika anda merasakan ilmu pancing “Memancing adalah lebih kepada PENGALAMAN & PENGEMBARAAN BUKAN Hasil Tangkapannya” ini dapat membantu anda dan rakan-rakan lain untuk lebih menikmati hobi mancing.

Terima kasih 🙂

Related posts

TIPS PANCING: STOP!!! JANGAN SANDARKAN ROD PANCING PADA DINDING RUMAH

TIPS PANCING: 3 MAKSUD UTAMA BERAT UMPAN PADA ROD PANCING

TIPS PANCING: 3 PERKARA PENTING PRODUK KANICEN NIX BOLEH MEMBANTU ANDA SEBAGAI PEMANCING