Saya mula menceburi bidang casting dengan menggunakan rod bait casting medium 8-17lb dengan mainline 20lb dan leader 25lb. Sebelum ini saya sentiasa menggunakan spoon jenama lain yang berada di pasaran seberat dari 7g hingga 12g. Dalam masa menikmati sentapan serigala sungai saya terlihat dalam Faceook anak tempatan kita Kanicen Nix mengeluarkan micro spoon Grenti Strike Red Eye 5g yang amat diminati oleh penggemar pancingan ultralight lebih-lebih lagi pemancing yang mengejar serigala sungai. Ramai yang memuji akan keberkesanan spoon itu. Namun, dalam fikiran saya berkata “boleh ke saya membuat balingan jauh spoon seberat 5g dengan setup rod 8-17lb saya”.
Saya mengambil keputusan untuk mencuba spoon Kanicen Nix – Red Eye Grenti Strike. Hari yang ditunggu tibalah spoon Grenti Strike Red Eye berwarna gold dan silver. Gerak hati saya selepas melihat spoon Grenti Strike mengatakan struktur body spoon seperti sisik anak ikan yang berkilat-kilat ini pasti akan memikat serigala sungai.
Tanpa berlengah saya terus mencuba menggunakan micro spoon grenti strike red eye 5g. Lontaran pertama terus membuat saya tersenyum dengan kepaduan spoon tersebut. Tepat ke arah lubuk yang saya ingin tujukannya. Kilauan dan lenggokan ternyata seperti yang di harapkan. Amat memukau dan pantulan dari sisik badan red eye nampak dari jauh untuk saya yang berada di tebing inikan pula ikan yang berada berdekatan.
Tips Memahami Spoon Grenti Strike – Red Eye
Spoon red eye mempunyai sisik yang berkilat berbentuk diamond. Lagi terang cahaya lagi cantik kilauan yang keluar hasil dari pantulan cahaya. Ini adalah faktor utama menjadikan ia spoon yang amat efektif.
Jadi dengan menggunakan kedua-dua info di atas; apabila membuat lontaran ke lubuk pastikan anda menurunkan muncung tip rod anda ke air dan membuat karauan laju. Renangannya akan memberi getaran yang boleh dirasai pada rod. Getaran ini juga sudah pasti memikat serigala sungai yang sedang menghendap membuat sambaran padu.
Sehingga berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Salam strike!