REVIEW PERTAMA ROD ULTRALIGHT JIGGING MAMBANG HITAM DARI PEMBELI

IKHLAS DARI HUZAIRY WORKS @ Mohd Huzairy Mohd Rezuan

First Impression Rod Mambang Hitam by Kanicen Nix:

  1. Rod ini direka khas untuk permainan ultralight jigging dan sesuai untuk mereka yang gemar ‘jigging’ di atas kayak atau bot.
  2. Blank one piece 30T ini bagi saya mempunyai backbone yang cukup keras bagi line rating 1-6lb.
  3. Guide rod, versi spinning mempunyai 8 guide termasuk guide tip manakala bagi versi BC pula, 9 guide termasuk guide tip.
  4. Panjang rod ini ialah 6 kaki. Bagi saya cukup sesuai untuk vertical jigging dari atas bot atau kayak. Selain itu, panjang ini juga sesuai memandangkan rod ini dari jenis ‘one piece’, jadi lebih mudah untuk dimasukkan ke dalam kereta.
  5. Panjang handle pula mencerminkan identiti rod ini iaitu, JIGGING. Butt section dapat diletakkan di bawah ketiak dengan selesa ketika berlawan dengan ikan. Tetapi, panjang handle di bahagian bawah tidaklah terlalu panjang seperti rod-rod jigging yang biasa kita lihat. Ingat, rod ini khas untuk ultralight jigging.
  6. Tapi, kalau rasa-rasa nak tukar ‘feel’ sikit nak buat casting, saya rasa tidak ada masalah sebab macam yang tulis tadi, bahagian ‘butt’ rod ni tidak terlalu panjang. Contohnya, tengah dok sedap jigging tiba-tiba boiling ikan bulan atau senangin pulak tepi bot. Takkan nak dipandang sepi ja kan?
  7. Bahagian pemegang pula menggunakan bahan dari EVA berkualiti tinggi, bukan dari jenis yang terlalu lembut dan mudah rosak.
  8. Berat keseluruhan rod ini ialah ~93g. Satu lagi perkara yang saya suka tentang rod ini ialah dari segi pembahagian berat yang seimbang ketika memegang rod. Tidak ada langsung rasa ‘tip heavy’ dan ini amat membantu mengurangkan rasa lenguh dan letih pada pergelangan tangan kita.
  9. Akhir sekali, sarung rod ini diperbuat dari kain yang mempunyai lapisan span di dalamnya. Bukan sarung kain biasa.
  10. Harga rod ini ialah RM369 tidak termasuk kos pos. Untuk pos kena tambah RM55. Mahal sikit sebab rod ni ‘one piece’ jadi tube PVC pun panjang dan kos pos pun dah bertambah.
    Jadi apa yang anda akan dapat dengan harga RM369?

11, Anda akan dapat sebatang rod CUSTOM DESIGN dari Kanicen Nix yang direka khas untuk permainan ultralight jigging dengan ‘rod finishing’ yang premium.

  1. Ini BUKAN rod tukar label dari kilang, dan untuk makluman rakan-rakan semua, R&D rod ni dah bermula sejak tahun 2017 lagi.

Yang paling penting sekali ialah, jenama Kanicen Nix ialah jenama tempatan negara kita, MALAYSIA.

Untuk pembelian, boleh hubungi Reseller atau Pro Staff Kanicen Nix yang berdekatan dengan anda.

Maklumat lanjut mengenai rod Mambang Hitam:

Related posts

Mambang Hitam Ultralight Jigging Rod To Success Fishing

Ultralight Jigging: Mambang Hitam Rod Starts Knocking After Lockdown

Ultralight Jigging: Mambang Hitam Rods Creating The Energetic Beats