Rod Ultralight – Mampuihhh Short Cut

Salam semua

Ada rakan-rakan bertanya macam mana game rod Mampuihhh ni? Jom saya share sedikit tips sebagai asas untuk semua yang membeli rod ultralight Mampuihhh.

Seperti yang anda semua sedia maklum brand Kanicen Nix sentiasa mendidik dalam setiap keluaran rod. Setiap rod bertujuan dengan sesuatu misi dan visi dalam meningkatkan ilmu untuk pemancing.

Jadi, apakah short cut untuk memahami rod Mampuihhh?

Ini jawapan yang cukup mudah untuk difahami.

  1. Memahami Tujuan Rod Dibuat

Apa yang paling penting sebelum atau selepas membeli sesuatu rod ialah memahami rod direka untuk tujuan apa, game apa. Fahami tujuan rod itu direka.

Seperti yang kami umumkan semasa pre-order rod Mampuihhh ini direka khas ke arah bass game dimana ia digunakan untuk kawasan yang sedikit bereba seperti kawasan ikan berkepala ular seperti haruan, bujuk, kerandang, sebarau, peacock bass dan sebagainya. Ia juga sesuai digunakan dikawasan berbatu seperti game rock fishing kerana rod Mampuihhh datang dengan solid tip. Jadi jika anda kaki land based jigging, shore jigging rod ini boleh digunakan.

Info lanjut boleh refer page rod ultralight Mampuihhh:

  1. Memahami Spesifikasi Rod

Spesifikasi rod harus difahami terlebih dahulu sebelum anda ke lokasi pancing. Ingat fahami cara anda mancing dan beli rod yang sesuai dengan cara anda, jenis umpan yang digunakan dan lokasi pancingan anda.

Rod ultralight Mampuihhh didatangkan dengan poundage 3-6lbs, fast action, berat gewang (lure weight) minima 3g dengan maxima 7g dan solid tip. Dari sini kita sebagai pemancing seharusnya boleh faham rod ultralight ini sepatutnya agak keras berbanding semua rod keluaran Kanicen Nix sebelum ini.

Ingat ini bukan bermakna anda tidak boleh gunakan umpan yang lebih rendah. Ini cuma cadangan dan rujukan yang sesuai untuk anda memahaminya terlebih dahulu.

Amaran: Jangan guna berat gewang yangmelebihi spesifikasi rod.

  1. Short Cut Mudah

Jadi short cut untuk rod Mampuihhh bagi mendapatkan prestasi yang optimum ialah menggunakan berat gewang atau umpan minima 3g dan maxima 7g. Gewang top water, jigs, spoon, katak tiruan adalah pemilihan yang bagus. Namun, jika anda tahu tune diri anda dengan umpan tiruan lain maka tidak kisah game apa anda ingin cuba ia masih boleh memberi keseronokkan.

Untuk rod yang keras pemilihan tali yang lembut dan berdiameter halus amat penting. Ini kerana rod yang keras akan menyukarkan sedikit anda membuat casting jika tali yang anda guna tidak sesuai dan memberikan geseran yang banyak. Sebab itu sebelum kami mengeluarkan rod Mampuihhh kami telah melancarkan Tali Pancing Kanicen Nix – Halus yang direka khas untuk pancingan yang bersahaja tanpa menggunakan hayunan atau kekuatan badan semasa membuat lontaran.

Pemilihan tali pancing yang kurang tepat, tebal atau keras akan memberi isu seperti tangle (berbelit), geseran yang banyak dan membuatkan lontaran tidak mendapat jarak yang sepatutny. Proses karauan yang agak berat dan terasa ada yang tidak kena dengan setup serta bermacam-macam isu lain yang berjangkit akan mempengaruhi prestasi secara keseluruhan.

Pemilihan reel yang kami rekomen ialah dari saiz 1000 ke 2500 dengan syarat, balance dan matching harus dititik beratkan supaya tidak memudaratkan rod. Pemilihan reel shallow spool adalah pilihan bijak untuk jenis-jenis rod yang keras supaya prestasi rod dapat dikecapi. Elak memilih reel yang terlalu berat (contoh melebihi dari 230g) kerana total weight yang berlebihan akan membuatkan anda keletihan.

Solid tip sebenarnya direka untuk game yang memerlukan proses menahan asakan ikan yang degil dan yang suka masuk ke tempat yang didiaminya selepas menyerang mangsa. Kawasan laut seperti tepi batu, jeti, tepi pantai, flat water yang dipenuhi dengan karang dan untuk fresh water pula seperti dikawasan berlumut, samai, reba seperti kayu (tidak extreme), struktur-struktur kecil. Keliatan bahagian solid itu akan mengawal larian jenis-jenis ikan yang suka melarikan umpan ke sarangnya. Melalui asakkan inilah anda akan merasa kenikmatan sebenar rod yang mempunyai solid tip. Ingat menggunakan rod solid tip bukan mudah seperti yang anda sangkakan. Bukan mudah untuk menggayakan umpan dan bukan mudah untuk memahami momentum apabila ikan memakan umpan. Namun, disinilah ia akan memaksa anda mencari jalan penyelesaian.

Kaedah yang anda boleh gunakan semasa memancing ialah top water game, shore casting, carolina rigging, drop shot, vertical drop dan dari boating ke land based casting.

Kesimpulan

Selama ini kebanyakkan pemancing hanya fokus pada game yang biasa tanpa memikirkan kemajuan pada diri dari segi teknikal mahupun game yang berlainan. Rata-rata semua berada dalam safe zone dan tidak ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih extreme. Jadi dengan wujudnya rod Mampuihhh, kami akan membawa anda ke arah game yang pasti menguji kemahiran dan sejauh mana anda sanggup merangkak untuk mencari ilmu.

Seperti yang anda mungkin telah ketahuni Kanicen Nix sentiasa mendidik dengan semua keluaran rodnya. Niat kami sebenarnya ingin didik kaki pemancing ultralight memahami pengetahuan teknikal apabila membeli sesuatu rod dan mendalami ilmu teknikal dalam pemilihan umpan yang digunakan dalam konsep balance dan matching yang lebih praktikal.

Melalui rod Mampuihhh keluaran terbaru Kanicen Nix ini anda akan dipaksa untuk memahaminya terlebih dahulu. Jika berjaya kami pasti semua game lain akan menjadi mudah dan lebih berjiwa. Anda beli rod apa pun selepas ini secara tidak langsung akan ada pengetahuan teknikal yang kukuh, ilmu dan adab yang terbentuk secara tidak langsung dari penggunaan rod Mampuihhh.

Sebab itu setiap keluaran rod ultralight kami berbeza dari semua sebelum ini dan kami sentiasa membawa anda ke game yang berlainan untuk KEPUASAN disamping memberi ILMU.

Terima kasih pada semua yang amat positive dengan rod #Mampuihhh. Insyaallah segala kekurangan yang ada kami akan perbaikinya. Moga dipermudahkan semuanya.

Fishing is a test of Charactter – Kanicen Nix

Related posts

TIPS PANCING: STOP!!! JANGAN SANDARKAN ROD PANCING PADA DINDING RUMAH

TIPS PANCING: 3 MAKSUD UTAMA BERAT UMPAN PADA ROD PANCING

TIPS PANCING: 3 PERKARA PENTING PRODUK KANICEN NIX BOLEH MEMBANTU ANDA SEBAGAI PEMANCING