Teknik Yang Sesuai Memikat Ikan Sebarau Menggunakan Soft Plastik Grenti Strike Geli-Geli

Soft plastik Grenti Strike Geli-Geli tidak asing lagi bagi pengemar sukan ultralight fishing. Ia adalah salah satu soft bait yang ternyata lain dari yang lain. Ia di reka sendiri oleh pembawa trend ultralight fishing di Malaysia iaitu Kanicen Nix.

Reka-bentuk yang unik dan aksi keseluruhan yang penuh dengan getaran dan gelekan membuatkan ia berjaya memikat pelbagai spesis ikan.

Baru-baru ini kami di tanya oleh beberapa orang pemancing apakah teknik yang sesuai untuk memikat ikan Sebarau menggunakan soft plastik Grenti Strike Geli-Geli.

Ada beberapa trick dan teknik yang perlu anda tahu apabila ingin menggunakan #softbait Geli-Geli untuk target ikan #sebarau.

1. Mengetahui Paras Dalam Air

  • Jika air dalam anda perlu beri umpan Geli-Geli ini jatuh ke bawah sikit. Namun, anda perlu berhati-hati keadaan struktur / reba dibahagian bawah. Di sini anda perlu pandai membuat andaian (agak-agak) tahap mana umpan anda perlu turun. Selepas itu anda boleh membuat karauan laju, karauan mengejut umpama memberitahu ikan anda mangsa yang melarikan diri darinya atau anda juga boleh membuat aksi jerk-jerk sambil karau.

2. Paras Air Paras Pinggang

  • Jika target kawasan cast anda adalah paras pinggang atau lagi rendah maka teknik yang paling sesuai ialah cast dan terus karau seperti anda membuat karauan menggunakan spoon.

3. Target Tepi Tebing Berpasir / Tepi Tebing

  • Cast ke tepi tebing berpasir atau tepi tebing dan terus membuat karauan adalah antara teknik yang paling sesuai apabila memburu ikan sebarau di awal pagi atau semasa air keruh. Ini kerana mangsa seperti anak-anak ikan akan sentiasa bermain ditepi tebing berpasir maka pemangsa sentiasa mengendap untuk membuat serangan.

4. Air Laju

  • Air laju agak sukar untuk membuat aksi tidak kira apa umpan yang kita pakai. Sama juga dengan umpan Geli-Geli. Apa yang anda perlu lakukan ialah kawal kelajuan karauan supaya umpan anda tidak naik tinggi sangat. Karauan ini boleh karau seperti biasa tanpa jerk atau anda boleh masukkan aksi jerk sesekali atau jerk berterusan. Namun, bukan bermakna umpan sp yang berada di atas air ikan sebarau tidak akan membuat serangan.
  • Lagi satu teknik yang boleh anda guna semasa air laju ialah menghanyutkan umpan anda sambil membuat aksi jerk secara laju atau perlahan-lahan. Ini juga salah satu teknik yang boleh membuatkan ikan sebarau geram untuk membuat serangan.

Ia sebenarnya bergantung pada sesuatu lokasi dan tahap keagresifan ikan tersebut. Kadang-kadang anda perlu mencuba beberapa teknik untuk memahami tahap air mana ikan itu membuat serangan.

Kesimpulan

Tahap kelajuan apabila membuat karauan bergantung pada lokasi yang di pancing (bawah pokok, kawasan berbatu, tepi tebing batu, tepi tebing bereba, tepi tebing, kawasan berpasir, area drop off, tempat air turun, dan lain-lain), tahap kedalaman air, jarak spot yg di cast dengan anda, alunan air, tahap kelajuan arus air dan karau mengikut arus atau melawan arus juga perlu diambil kira sebagai faktor yang akan mempengaruhi setiap teknik dan kelajuan dalam karauan.

Ada kawasan anda perlu ketuk (memikat) sehingga ia keluar. Tidak semua kawasan kita boleh guna teknik yang sama. Ada kawasan kita perlu memikatnya keluar untuk membuat serangan. Ada kawasan juga ia tidak makan apabila anda melawan arus tetapi apabila anda karau mengikut arah air mengalir ia akan membuat serangan. Semua ini perlu percubaan untuk memahami sesuatu kawasan.

Ingat kita cast untuk cari target ikan jadi tahap kelajuan perlu logik dan memberi peluang ikan pemangsa membuat serangan.

Insyaallah pengalaman dan idea akan datang apabila kita sentiasa mencuba kepelbagaian teknik. Dan ini secara tak langsung akan mematangkan ilmu. Harap-harap tips menggunakan umpan Geli-Geli ini akan membantu.

Ni contoh video oleh Paklee

Semoga berjaya. Tahniah atas soalan yg menarik.

Jangan stop belajar.

Related posts

TIPS PANCING: STOP!!! JANGAN SANDARKAN ROD PANCING PADA DINDING RUMAH

TIPS PANCING: 3 MAKSUD UTAMA BERAT UMPAN PADA ROD PANCING

TIPS PANCING: 3 PERKARA PENTING PRODUK KANICEN NIX BOLEH MEMBANTU ANDA SEBAGAI PEMANCING