Penggunaan soft plastik atau soft bait telah menjadi salah satu kegemaran pemancing di masa kini. Ada yang kata ia lebih mudah memikat ikan dan ada pula berkata mereka memilihnya kerana ia murah. Bagaimana pula pendapat anda?
Pada pendapat kami ada 6 sebab utama mengapa soft plastik dikatakan umpan pilihan pemancing zaman sekarang. Antara sebab-sebab utama ialah:
- Lebih mimik pada ulat atau cacing.
Apa yang pasti umpan tiruan soft plastik adalah lebih mimik pada umpan hidup. Ia mempunyai paras rupa dan tekstur yang hampir sama dengan hidupan sebenar berbanding dengan umpan tiruan jenis hard bait. Contohnya umpan tiruan cacing seperti Nyot-Nyot, Geli-Geli atau Brudu amat mimik dengan cacing sebenar.
- Bermacam-macam teknik & penggayaan.
Teknik dan penggayaan yang boleh dilakukan pada soft plastik adalah lebih luas berbanding dengan umpan tiruan jenis hard bait yang biasanya direka untuk 1 tujuan sahaja. Contohnya 1 jenis umpan soft plastik anda boleh gunakannya di semua paras air seperti permukaan, di pertengahan atau di dasar.
- Boleh dipelbagaikan penggunaannya.
Penggunaan soft plastik juga lebih meluas berbanding jenis umpan tiruan yang lain dimana anda boleh gunakannya dengan semua kaedah mancing seperti casting, bottom, drifting, ajing, rock fishing, jigging, dan sebagainya.
- Boleh digunakan disemua lokasi pancingan.
Umpan soft plastik juga terbukti boleh digunakan dimana-mana sahaja tidak kira air tawar, air masin atau pun air payau. Anda juga boleh menggunakannya ditempat yang sempit dimana ia sukar dicapai oleh gewang, kawasan luas, tasik, lombong, kolam, jeram, laut dan sebagainya.
- Boleh digabungkan dengan pelbagai jenis umpan lain sebagai flashes, skirts, trailers.
Umpan soft plastik boleh digabungkan dengan hampir semua jenis umpan yang lain sebagai penyeri atau pemikat dalam teknik jigging dimana anda boleh sangkutkannya pada mata jigs dan jika anda suka casting penggunaannya dengan rubber jig, charterbait, spinner bait juga mampu memberi kelainan dalam teknik pancingan anda. Pemilihan soft plastik yang sesuai boleh dijadikan untuk menghasilkan trailers (buih halus) dan memberi getaran dalam air yang boleh memanggil ikan. Jika anda suka membottom ikan di dasar soft plastik juga boleh digunakan sebagai flashes, skirts atau trailers (buih halus terjadi jika ada arus). Tidak ada salah dalam mempelbagaikan teknik pancingan anda.
- Murah, kuantiti yang banyak dalam 1 pek & efektif.
Umpan soft plastik terbukti lebih murah jika dikira setiap unit kerana biasanya ia dijual dengan kuantiti yang banyak dalam 1 pek. Manakala umpan tiruan jenis hard bait yang dijual sebiji 1 pek dengan harga yang jauh lagi mahal berbanding soft plastik. Dan apa yang penting ialah umpan soft plastik terbukti keberkesanannya kerana penggunaan yang boleh dipelbagaikan.
Apa pun pilihan umpan anda ia bergantung pada diet setiap lokasi dan teknik masing-masing dalam memikat ikan yang disasarkan. Kebiasaannya pemilihan umpan dibuat berdasarkan apa yang dirasakan sesuai dengan cara pancingan diri sendiri. Setiap pemancing mempunyai pilihan tersendiri yang dipercayainya.
Moga artikel ini dapat memberi anda sedikit ilmu. Jika anda ada pendapat lain, sila berkongsi dengan kami.
Sila save. Sila tag. Sila share jika anda merasakan ilmu pancing “TIPS MANCING: 6 SEBAB UTAMA MENGAPA SOFT PLASTIK DIKATAKAN UMPAN PILIHAN” ini dapat membantu anda dan rakan-rakan lain untuk lebih menikmati hobi mancing.
Terima kasih 🙂