Memancing ikan siakap adalah salah satu spesis yang menjadi idaman kaki pancing lebih-lebih lagi untuk peminat casting. Setiap kali musim siakap kembali pasti ramai pemancing berpusu-pusu menuju lokasi kesukaan mereka. Siakap mempunyai satu perangai iaitu kembali ke tempat yang biasa ditujunya sebelum ini untuk dua sebab utama iaitu makanan dan membiak.
Jadi apakan yang perlu anda tahu untuk memancing ikan siakap? Meh abam share beberapa tips memancing ikan siakap yang boleh anda guna semasa memburunya.
Habitat & Diet
Biasanya saya suka cast dekat-dekat dengan reba tmpt yang banyak anak-anak ikan atau area air keluar masuk sebab siakap cukup suka mengendap mangsa yang leka atau yang terhuyung-hayang kena arus air. Apa yang saya perasan (pengalaman sikit yang ada) kebiasaannya siakap tak suka dok area dalam-dalam sangat (kat tmpt yang biasa saya main la) tapi suka dok area-area arus yang tenang dan tak duduk dalam reba sebab itu bukan habitat dan kebiasaannya. Dia suka merayap sekitar reba menunggu mangsanya. Jadi kawasan-kawasan yang ada reba seperti kayu-kayu besar dan banyak boleh dijadikan sebagai area untuk dijadikan sebagai kawasan target.
Time paling aktif saya perhatikan time air nak pasang dan air nak surut. Bagi saya sikap siakap lebih macam haruan (maaf kalau tak setuju tapi ini apa yang saya perhatikan). Ada bunyi bising umpan jatuh kat tempat yang sama berkali-kali mesti siakap datang mengintai. Pastu kebiasaanya memang dia akan ngap la. Dan kalo da ngap tu sekap biasannya takkan masuk reba (sepanjang pengalaman sendiri) sebab dia jenis yang suke shoot terus ke arah kawasan yang lapang (kecuali lalu bawah reba / kayu yang luas untuk ke arah lapang bukan kawasan sempit ke dalam reba).
Pemilihan saiz umpan juga memainkan peranan yang penting kerana diet sesuatu kawasan berlainan dengan kawasan lain. Orang cakap “Lain padang lain belalang” ada kebenarannya. Size umpan yang biasa saya pakai untuk pikat siakap biasanya dari 3.5cm ke 7cm. Mungkin sebab ikan belanak antara mangsa kegemarannya.
Gewang / Soft Baits & Teknik Pikat
Warna kegemaran yang saya sendiri suka pakai ialah Pearl White / Putih / Pink. Bagi saya jarang sekali siakap akan menolak umpan warna ini. Namun, warna air juga memainkan peranan. Contoh jika ada kawasan muara yang air sungainya kemerah-merahan maka warna umpan merah hati atau oren boleh dijadikan sebagai pilihan.
Contohnya saya mancing dikawasan Bagan yang ada “barn” (pendinding batu) dimana air sungainya yang kemerah-merahan pilihan umpan warna merah hati sparkling atau oren seperti Geli-Geli sentiasa memberikan hasil. Musim hujan pula saya suka pakai warna kuning atau fluorescent. Ntah mengapa musim hujan warna ini cukup laju bukan sahaja untuk siakap tetapi untuk ikan lain juga.
Di kolam pula bagi saya sama sahaja cuma anda perlu lebih fokus pada teknik karauan dan memahami pasif aktif ikan di dalam kolam. Lebih-lebih lagi ketika musim hujan atau panas terik sangat ikan kolam biasanya akan duduk sekitar kawasan yang paling bawah. Area suam-suam tidak terlalu sejuk atau panas. Jadi disini anda perlu mencuba aras yang sesuai untuk memikatnya. Cara terbaik ialah mencuba.
Micro Jigs atau jenis gewang minnow juga antara jenis umpan yang cukup menjadi di kawasan-kawasan yang pantainya ada “barn” dan sungai/muara air keluar masuk. Warna pilihan sama seperti soft plastik.
Bagaimana dengan kawan-kawan yang lain?
Apa yang pasti setiap kali ada trip main siakap dalam box memang sentiasa ada kaler pink (warna lucah bagi saya) dan sparkling white atau pearl putih. Kalau geli-geli ni bagi abam semua warna menjadi sebab geli-geli didatangkan dengan luminous (pearl white, oren, kuning, pink) dan UV (gold rush jembalang). Ia kelihatan seperti anak-anak udang di dalam air apabila bercahaya.
Saya lebih suka guna teknik karauan yang slow sebab siakap nie setahu saya ikan yang cukup pemalas. Umpan lalu depan mata baru nak ngap. Lagi-lagi time dia pasif (especially dalam kolam) kena karau slow habis macam siput. Jerk-jerk slow dalam posisi ala-ala drop shot membantu bila dia agak pasif sebab lenggokan atas bawah buat dia sedut/serang umpan serta-merta.
Saya juga suka pakai floating diver kat area berbatu-batu atau reba-reba kayu (shot lip untuk kawasan yang perlu ketukan keras dan karau) tapi pastikan treble hook di tukar ke single hook supaya tak sangkut. Diver menjadi pilihan sebab setiap hentakan muncung pada batu umpama menyerunya datang dekat. Setiap kali ketuk batu pause & release supaya gewang tak sangkut. Dan dalam masa gewang nak float sikit itulah siakap akan serang. Selalu gak kena siakap dan ikan spesis lain. Kalau area muara saya lebih suka pada sinking pencil tengok pada kedalaman air.
Antara produk Kanicen Nix yang paling sesuai untuk memburu ikan siakap ialah Geli-Geli. Terbukti dengan hasil yang amat banyak. Teknik yang boleh dipraktikkan ialah jerk secara slow supaya aksi ekornya boleh memikat ikan siakap. Apa yang membuatkan umpan tiruan Geli-Geli cukup membuat pemangsa seperti siakap suka ialah dengan struktur badannya yang berongga memberikan getaran yang cukup memikat. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mengayakannya kerana umpan Geli-Geli dengan karauan biasa sahaja akan memberi getaran (vibration) serta mengeluarkan buih-buih halus.
Dua teknik asas menggunakan geli-geli ialah satu karau biasa dan kedua jerk secara perlahan tidak terlalu agresif apabila memburu siakap. Ingat setiap teknik yang digunakan harus disesuaikan dengan target ikan anda serta memahami lokasi pancingan.
Teknik Layan
Dari segi teknik lepas kena siakap saya akan pastikan tali sentiasa dlm posisi “V” dari arah dia shoot sebab nak elakkan tali terkena pipi dia yang macam pisau. Ini teknik yang biasa saya pakai dan setakat ini rezeki menyebelahi saya. 😉
Apa pon ini semua melalui pengalaman sendiri yang tak seberapa. Lain orang lain cara. Lain tempat lain diet dan habitatnya. Moga dapat memanfaatkan tips memancing siakap ini. Good luck semua. Semoga terus strike dan pastikan bako rakan-rakan yang lain. Biar tiada jalan keluar dari produk Kanicen Nix.
Buy original yer. Terima kasih sentiasa support Kanicen Nix. Moga semua diberkati.
Jaga SOP. Jaga kesihatan & keselamatan semua. Ini tanggungjawap kita semasa negara / dunia di landa pandemik COVID-19.
Sila share jika ia sesuai dijadikan bacaan rakan-rakan lain.