Apabila kita sebut hobi kita memancing rata-rata pemikiran segelintir yang cetek ilmu dan pengalaman akan bercakap ia adalah hobi yang membuang masa, kotor dan busuk. Namun, disebalik hobi yang dikatakan kotor ini ramai tidak sedar ia adalah satu hobi yang boleh mendatangkan keuntungan bukan sahaja dinilai dengan wang ringgit tetapi juga dari sudut kerohanian.
Memancing memerlukan seni, ilmu dan kesabaran yang cukup tinggi bagi sesiapa yang ingin mencubanya. Rata-rata hobi ini dikatakan antara hobi yang paling mudah merapatkan hubungan sesama masyarakat.
Jadi apakah manfaat mancing sebenarnya? Jom kita lihat secara ringkas.
- Melatih emosi
- Mengajar erti kesabaran
- Menyihatkan tubuh badan
- Menambah kawan dari serata tempat
- Hobi yang menyenangkan
- Mengurangkan stress
- Hasil boleh dimakan
- Menambah vitamin d dalam badan
- Melatih diri lebih fokus
- Tingkatkan keyakinan diri
- Melatih diri tambahkan ilmu
- Lari dari dunia yang stress
- Menghindarkan diri dari perkara negatif
- Dapat membakar jiwa kawan-kawan yang sehobi dan ini secara tidak langsung akan merapatkan hubungan sesama mereka dan akan buat semua tersenyum
Jadi adakah mancing ini satu hobi yang bagus? Anda nilai sendiri selepas membacanya. Sebenarnya masih banyak lagi manfaat yang boleh diperolehi dari memancing. Memancing merupakan hiburan bagi seluruh lapisan masyarakat tanpa memandang siapa dan apa latarbelakangnya. Hobi memancing adalah mudah tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk memuaskan diri kerana dengan persedian peralatan yang biasa juga boleh digunakan untuk memancing.
Moga ini dapat memberi anda sedikit ilmu Manfaat Mancing.
Jika anda ada pendapat lain, sila berkongsi dengan kami.
Sila save. Sila tag. Sila share jika anda merasakan ilmu pancing “TIPS MEMANCING: MANFAAT MANCING” ini dapat membantu anda dan rakan-rakan lain untuk lebih menikmati hobi mancing.