TIPS MEMANCING: TEKNIK ASAS PENGGUNAAN DAN CARA MENGGAYAKAN MANA-MANA JENIS UMPAN TIRUAN SOFT PLASTIK

Soft plastik adalah antara umpan tiruan yang cukup digemari pada masa kini oleh pemancing. Ini kerana ia lebih mimik pada makanan kebiasaan ikan.

Namun, tidak semua memahami cara menggayakan soft plastik yang digunakan. Jadi mari kita belajar tips memancing “TEKNIK ASAS PENGGUNAAN DAN CARA MENGGAYAKAN MANA-MANA JENIS UMPAN TIRUAN SOFT PLASTIK”.

3 PARAS AIR YANG ANDA HARUS TAHU

  1. PERMUKAAN

Ketika ikan makan di sekitar permukaan atau jika anda melihat burung-burung membuat serangan pada permukaan air atau jika anda melihat ada serangga seperti kalkatu jatuh ke atas permukaan air, lontarkan umpan tiruan soft plastik anda dan terus buat karauan laju.

  1. ATAS, BAWAH DAN KESELURUHAN

Buat aksi jerk ke bawah, jerk ke kiri atau jerk ke kanan, jerk menegak dengan memastikan umpan tiruan soft plastik anda berenang di bahagian tengah air. Ini boleh mencetuskan serangan dari ikan yang makan di sekitar pertengahan air.

  1. RENDAH DAN PERLAHAN

Perlahan-lahan membuat karauan umpan tiruan soft plasik yang anda gunakan dengan menjaga bahagian ekor (kebiasaannya) yang akan memberikan aksi untkuk mencetuskan serangan ikan yang mencari makan.

3 TEMPO ASAS KARAUAN

YANG ANDA BOLEH GUNAKAN PADA MANA-MANA JENIS UMPAN TIRUAN SOFT BAIT

  1. PERLAHAN

Uuntuk memikat jenis ikan yang makan di dasar, yang tidak agresif & yang suka menyerang tanpa diduga.

  1. SEDERHANA

Untuk memikat ikan yang biasanya makan di pertengahan air, agak agresif, biasanya berkumpulan & menyerang kepelbagaian umpan.

  1. LAJU

Untuk jenis ikan yang biasanya suka menyerang hendap mangsa dipermukaan dan suka dengan makanan yang kelihatan hidup.

INFO TAMBAHAN

Anda juga boleh membuat sebarang atau semua Kombinasi semua di atas. Anda harus peka dengan diet & habitat target ikan anda. ini yang akan membimbing anda dalam membuat keputusan yang bijak berdasarkan dengan umpan yang anda pilih.

Terdapat pelbagai elemen yang akan mempengaruhi hasil tangkapan anda. dari pemilihan rod
yang mempunyai aksi yang sesuai, tali yang sesuai dengan target ikan anda, posisi karauan, ketinggian anda, kekuatan anda, memahami arus dengan umpan yang di gunakan, sudut anda berdiri dengan spot lontaran dan sebagainya. PENGALAMAN AKAN MENDEWASAKAN. CUBA DI LAPANGAN, BELAJAR MELALUI KEGAGALAN & SERAP ILMU ITU.

Berharap tips mancing menggunakan soft plastik ini dapat membantu anda dalam memahami asas dalam pancingan yang berlainan.

Jika anda ada pendapat lain, sila berkongi dengan kami.

Sila save. Sila tag. Sila share jika anda merasakan ilmu pancing “TEKNIK ASAS PENGGUNAAN DAN CARA MENGGAYAKAN MANA-MANA JENIS UMPAN TIRUAN SOFT PLASTIK” ini dapat membantu anda dan rakan-rakan lain untuk lebih menikmati hobi mancing.

Related posts

TIPS PANCING: STOP!!! JANGAN SANDARKAN ROD PANCING PADA DINDING RUMAH

TIPS PANCING: 3 MAKSUD UTAMA BERAT UMPAN PADA ROD PANCING

TIPS PANCING: 3 PERKARA PENTING PRODUK KANICEN NIX BOLEH MEMBANTU ANDA SEBAGAI PEMANCING