TIPS PANCING: STOP!!! JANGAN SANDARKAN ROD PANCING PADA DINDING RUMAH

STOP. Jangan sandarkan rod anda pada dinding rumah, kalau masih buat tengok video ini sampai habis.

Sebagai pemancing kita sebenarnya sangat leka dengan cara kita meluangkan masa memahami cara terbaik dalam melindungi rod pancing kita. Apa yang saya bakal tunjukkan ini majoriti pemancing buat sebab ia paling mudah untuk menyimpan rod pancing.

Kita semua mesti pernah sandarkan rod pancing kita pada dinding begini dan biarkan sehinggalah trip akan datang Jadi korang mesti terfikir apa masalah yang datang dengan cara ini?

Salah ke?

Tonton video ini untuk huraian yang lebih lengkap:

Problem no 1:

Tahu tak dengan menyandarkan rod pancing pada dinding rumah sebenarnya kita memberi tekanan pada bahagian tip rod dan ia dengan secara tidak langsung membentuk lengkungan baru tanpa kita sedar.

Contohnya:

Bila kita sandarkan rod pada dinding, bahagian paling atas biasanya akan melengkung seperti dalam video. Lengkungan ini jika dibiarkan dalam jangka masa yang panjang ia akan mula membentuk lengkungan baru akibat tekanan yang dibiarkan.

Walaupun kita sandarkan sekejap sebab mancing setiap hari tetapi jika ia diulang setiap hari ia tetap akan memberi tekanan pada bahagian yang sama. Maka terbentuklah lengkungan yang saya maksudkan itu biasanya pada bahagian yang paling banyak menerima tekanan iaitu tip rod.

Isu ini akan bawak kepada masalah yang seterusnya.

Problem no 2:

Bila tibanya hari nak mancing, kita cast umpan atau fight ikan tiba-tiba bahagian tip rod atau bahagian yang paling banyak menerima tekanan yang tidak normal itu, patah.

Ketika inilah kita akan mula menyalahkan rod, brand dan lain-lain.

Sedar atau tidak sebenarnya kita adalah punca utama rod patah.

Jadi macam mana nak simpan rod pancing?

  1. Pakai Rak pancing
  2. Pakai Rak dinding
  3. Pakai Tube PVC

Ini adalah 3 cara paling mudah untuk simpan rod pancing yang kita sayang. Saya suka cara yang ketiga itu kerana ia lebih selamat, tidak perlu risau anak-anak tersilap pijak atau kita sendiri tersilap handling dan dalam pvc ia lebih mudah untuk letak dimana-mana pun.

Suka dengan tips pancing Jangan Sandarkan Rod Pancing Anda Pada Dinding Rumah ini?

Jika suka jangan lupa like, komen, share dan save. Kita jumpa lagi dalam tips pancing akan datang.

Related posts

TIPS PANCING: 3 MAKSUD UTAMA BERAT UMPAN PADA ROD PANCING

TIPS PANCING: 3 PERKARA PENTING PRODUK KANICEN NIX BOLEH MEMBANTU ANDA SEBAGAI PEMANCING

TIPS PANCING: PENCURI DISOKONG, PENGUSAHA DIABAIKAN SEBAB MURAH LAGI PENTING DARI DOSA