Tips Pancing: Teknik Skipping Menggunakan Rod Spinning Ultralight ke target spot.

Motif video ini bukan untuk tunjuk bertapa lawanya teknik skipping atas air kerana itu mudah dan ramai kawan-kawan anglers lain telah buat. Video ini lebih pada skipping ke target spot dalam situasi sebenar dengan jarak yang jauh menggunakan umpan yang beratnya sekitar 3-4g.

Target utama ialah cast dan pastikan drop point umpan tepat untuk melayang masuk ke lubang / spot yang di target adalah lebih penting supaya dapat memujuk predators yang ada dibawah pokok-pokok.

Tips skipping:

  1. Pilih rod yang sesuai: Fast Action untuk first timer.
  2. Pilih umpan yang mudah di cast atas permukaan air. Elak terlalu berat atau terlalu ringan.
  3. Layangkan umpan atas permukaan bukan menghentak.
  4. Guna load umpan untuk dapatkan momentum semasa melontar.
  5. Timing adalah kunci kejayaan.
  6. Train selalu.

Full video di:

Semoga tips pancing Tips Pancing Teknik Skipping Menggunakan Rod Spinning Ultralight ke target spot, bermanfaat 🙂

Related posts

TIPS PANCING: STOP!!! JANGAN SANDARKAN ROD PANCING PADA DINDING RUMAH

TIPS PANCING: 3 MAKSUD UTAMA BERAT UMPAN PADA ROD PANCING

TIPS PANCING: 3 PERKARA PENTING PRODUK KANICEN NIX BOLEH MEMBANTU ANDA SEBAGAI PEMANCING