Trip Pancing: Kerihun Kalimantan
Trip Pancing Empurau Kerihun Kalimantan 2026 – Ekspedisi Sungai Pedalaman Borneo
Kami buka trip pancing ke Kerihun, Kalimantan untuk tahun 2026 🔥
Sertai trip pancing Empurau ke Kerihun, Kalimantan bagi tahun 2026. Ekspedisi fully arranged dari Sibu dengan fokus spesies premium seperti Empurau dan Semah di sungai pedalaman Borneo.
Trip ni minimum 6 orang satu team. Kalau tak cukup geng, jangan risau – boleh join sekali dengan team lain yang dah confirm. Kita susun bagi ngam.
Nak tengok gambar dan info?
Step 1: Skrol bawah klik description. Ada banyak info dan gambar.
Step 2: Kalau serius berminat, terus hubungi untuk pertanyaan lanjut, itenari dan lain-lain:
👉 wa.link/stgizb
Reviews (0)
You must be logged in to post a review.
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
Reviews
There are no reviews yet.
Description
📍 KERIHUN – KALIMANTAN
Main Target: Empurau & Semah
Spesies lain yang berpotensi naik:
– Sebarau (Hampala Single Stripe & Double Stripes)
– Kenerak / Goonch
– Jelawat (Sultan Fish)
– Parang Sungai (Freshwater Dorab)
– Lampam (Tinfoil Barb)
– Seluang Gajah / Nyenyuar (Scissor Tail Rasbora)
– Kaloi (Gourami)
– Kemunit (Rock Fish) dan banyak lagi spesies liar sungai Borneo.
Tempoh Trip: 5 Hari atau 6 Hari
Open Trip Bulan: Apr – Sep 2026
Harga: Bergantung pada jumlah hari, jumlah ahli dan aturcara. Konsep sharing basis.
Kalau nak tahu detail costing, itinerary penuh dan tarikh yang available, terus WhatsApp, kita sembang.
👉 wa.link/stgizb
Terima kasih 🙏
ANDA BAYAR UNTUK APA SEBENARNYA?
– Pengalaman sebenar expedition sungai pedalaman
– Safety & risk management
– Full arrangement dari A–Z (dari Sibu, Sarawak)
– Logistik & pengangkutan
– Makan minum sepanjang trip
– Akses spot-spot berpotensi
– Local guide & knowledge kawasan
– Support sebelum, semasa & selepas trip
– Nasihat lengkap berkenaan setup (rod, reel, tali, leader, lure & lain-lain)
– Cadangan umpan & pemilihan gewang ikut keadaan air
– Perkongsian taktik, teknik & strategi sebenar di lapangan
– Spot reading & pemahaman struktur sungai (lubuk, batu, arus, selekoh)
– Perancangan harian ikut keadaan cuaca & paras air
– Pengurusan masa di atas sungai supaya maksimum casting time
– Dokumentasi asas (gambar & moment trip)
– Pengalaman networking dengan kaki pancing yang satu minat
Kerja korang ialah mancing sahaja.
APA YANG KAMI HARAPKAN DARI ANDA?
– Ready untuk switch on survival mode
– Faham konsep trip ini 99% boating, randuk hanya jika mahu/perlu
– Ready untuk exploration & keluar dari zon selesa
– Ready untuk enjoy mancing sungai liar
– Ready jumpa spesies yang tak biasa tengok
– Ready embrace nature sepenuhnya
– Disiplin & teamwork dalam kumpulan
– Fizikal dan mental yang bersedia untuk cabaran
– Bersedia praktik teknik casting drift & cast spot, lubok demi lubok
Nampak macam susah? Gertak je tu. Jangan risau even pemancing yang berumur hampir 70 pun ikut kami dan enjoy.
Yang paling penting, dengar, sabar, fokus dan konsisten. Insyaallah enjoy 🙂




-
(0 customer reviews)