Grenti Strike SeriMuka: 7 Warna Jig, 14 Wajah Berbeza
-
November 8, 2026
-
By: Kanicen Nix
-
0
Ada satu benda yang ingin berkongsi tentang jig terbaru keluaran Kanicen Nix – Grenti Strike SeriMuka.
Bila kita bercakap tentang warna jig, sebenarnya ia bukan sekadar soal warna mana cantik atau warna mana yang biasa kita gunakan ketika memancing. Kami mula tertarik dengan konsep Color Pattern Guide sebab merasakan ada banyak perkara menarik yang boleh kita kongsikan kepada pemancing.
Pernah tak korang terfikir, bagaimana seekor ikan melihat jig yang kita turunkan ke dasar laut?
Bagaimana pantulan cahaya, warna, corak, UV dan glow memainkan peranan ketika jig berada di dalam air? Dan bagaimana setiap corak boleh memberikan karakter yang berbeza ketika jig dimainkan?
Sebab itu, untuk jig terbaru KN kali ini, kami tak mahu sekadar memperkenalkan warna satu demi satu.
Kami nak kita sama-sama memahami cerita di sebalik setiap corak. Apa yang menjadikannya unik, bagaimana ia berinteraksi dengan cahaya dan bagaimana kita boleh memanfaatkannya ketika Kayak & Small Boat Bottom Tapping, khususnya pada kedalaman sekitar 20-30 meter.
Kami percaya setiap pemancing mempunyai cara dan pengalaman tersendiri dalam memilih jig. Jadi, kali ini kita cuba melihatnya dari sudut yang sedikit berbeza.
7 warna. 7 karakter. 14 wajah yang berbeza.
Ini bukan sekadar tentang memilih warna jig. Ini tentang memahami bagaimana setiap corak boleh membawa cerita tersendiri di dalam air.
Nantikan perkongsian seterusnya setiap jam dengan pelancaran jig terbaru Kanicen Nix.
Kita bukan sekadar memilih jig. Kita belajar memahami bagaimana ikan melihatnya.
Identiti lengkap 7 warna Serimuka
Ini ialah senarai nama jigs yang telah kita bina sepanjang R&D kami.
| Code | Nama Warna | Maksud Tersembunyi | Karakter |
| 1 | ZYRAK | The Warning Instinct | Aggressive & Bol |
| 2 | NYVORA | The Phantom Signal | Mysterious & Unconventional |
| 3 | SORYN | The Silent Prey | Subtle & Natural |
| 4 | KRYVEX | The Crimson Ambush | Dark & Predatory |
| 5 | ORVAN | The Buried Gold | Earthy & Subtle |
| 6 | VYRA | The Living Reflection | Natural & Luminous |
| 7 | NOXIRA | The Hidden Presence | Dark & Minimalist |
Keseluruhan koleksi kami bawakan beberapa perkara yang menarik dimana setiap warna sekarang mempunyai karakter yang berbeza, bukan sekadar variasi warna.
1. ZYRAK – Naluri amaran.
2. NYVORA – Isyarat misteri.
3. SORYN – Mangsa yang senyap.
4. KRYVEX – Serangan tersembunyi.
5. ORVAN – Sesuatu yang tertimbus
6. VYRA – Perubahan wajah..
7. NOXIRA – Kehadiran dalam kegelapan.
Setiap warna mempunyai tiga perkara yang pemancing boleh pelajari:
Elemen: Warna/Color, Corak/Pattern, Cahaya/Light
Apa Yang Pemancing Belajar?
Bagaimana warna asas membentuk penampilan jig?
Bagaimana jalur, hologram dan matte menghasilkan kontras?
Bagaimana UV dan glow memberikan elemen visual tambahan?
Warna bukan sekadar pilihan. Ia sebahagian daripada strategi.
Nota penting untuk pemancing:
Warna jig tidak mempunyai satu keadaan penggunaan yang mutlak. Air keruh tidak semestinya memerlukan jig terang, dan air jernih tidak semestinya memerlukan jig natural.
Kesan warna turut bergantung pada:
– Kedalaman dan cahaya yang sampai ke jig.
– Kekeruhan air.
– Cuaca dan keadaan permukaan.
– Jenis mangsa yang terdapat di kawasan tersebut.
– Kelajuan jig dan cara ia dipersembahkan.
– Respons pemangsa pada hari tersebut.
Glow pula membantu jig lebih mudah dilihat dalam keadaan cahaya rendah, tetapi bukan jaminan ikan akan menyerangnya. UV juga bergantung pada cahaya UV yang tersedia di dalam air.
Jadi fahamkan apa maksud “sesuai untuk dicuba apabila…”…
Ini memberikan kami peluang untuk membina satu sistem pendidikan warna yang boleh digunakan dalam katalog, packaging, website dan video.
Setiap nama ialah identiti. Setiap identiti mempunyai cerita. Setiap cerita memberikan pemancing sebab untuk memahami warna tersebut.
Kanicen Nix
Learn. Inspire. Explore.



