Toyol Ajing Edition: Pembangunan Rod Ajing | Kanicen Nix
-
November 17, 2026
-
By: Kanicen Nix
-
0
PERJALANAN MENGHASILKAN ROD AJING BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH.
Lebih daripada 2 tahun diperlukan untuk membawa satu idea menjadi kenyataan.
Bermula daripada prototype pertama sehinggalah prototype keempat, setiap satunya melalui proses percubaan, penilaian dan penambahbaikan. Apa yang bermula dengan hanya satu idea, akhirnya berjaya dibentuk menjadi sebuah rod yang memenuhi kriteria dan karakter yang kami mahukan.
Dulu, kebanyakan kawasan pancing yang kami akses lebih terhad. Tidak semua tempat mempunyai kemudahan seperti jeti, pelantar, kelong atau kawasan pancing yang luas. Malah, faktor ruang turut memainkan peranan dalam pemilihan panjang rod.
Sebab itulah rod yang lebih panjang menjadi antara pilihan kami ketika itu. Semuanya bermula dengan Prototype pertama yang panjangnya 7’0″.
Namun, masa berubah. Akses ke kawasan pancing semakin mudah dan mesra pemancing. Dalam masa yang sama, semakin ramai pemancing Ajing mula beralih kepada rod yang lebih pendek.
Kenapa?
Rod yang lebih pendek memberikan kelebihan dari segi kawalan, terutama ketika membuat aksi ketukan (twitching), mengawal pergerakan soft plastic dan menggayakan micro lure. Ia juga lebih mudah dikendalikan dalam pelbagai situasi pancingan.
Sepanjang proses pembangunan Toyol Ajing Edition, ada satu perkara yang sentiasa kami fikirkan:
APAKAH KARAKTER SEBENAR YANG DIPERLUKAN OLEH SEBUAH ROD AJING?
Jika diringkaskan, terdapat 8 perkara utama yang perlu difahami:
1. Sensitivity: Keupayaan mengesan getuan dan pergerakan yang paling halus.
2. Control: Keupayaan mengawal pergerakan gewang dan tali dengan tepat.
3. Precision: Ketepatan ketika membuat balingan dan mempersembahkan gewang.
4. Awareness: Kepekaan terhadap keadaan air, arus dan persekitaran.
5. Understanding: Memahami tingkah laku ikan serta corak pemakanannya.
6. Responsiveness: Keupayaan rod memberikan tindak balas terhadap setiap pergerakan dan perubahan tekanan.
7. Recovery: Keupayaan tip kembali ke kedudukan asal selepas menerima beban atau henjutan.
8. Balance: Keseimbangan antara sensitiviti, kekuatan dan kawalan ketika melayan ikan.
Pada asasnya, Ajing bukan sekadar menggunakan rod ringan dan gewang kecil.
Ia adalah satu teknik yang memerlukan angler memahami apa yang sedang berlaku di hujung tali pancing, termasuk perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata sendiri.
A good Ajing angler doesn’t just feel the bite. He understands everything that happens before the bite.
Sepanjang proses pembangunan ini, ada satu perkara penting yang kami pelajari.
Rod Ajing yang bagus bukan semestinya rod yang paling keras, paling ringan atau paling sensitif.
Apa yang lebih penting ialah bagaimana setiap karakter tersebut bekerja bersama. Tip sensitivity, blank response, casting performance dan fish control perlu saling melengkapi.
Itulah pendekatan yang kami cuba bawa dalam Toyol Ajing Edition.
Bukan sekadar menghasilkan sebuah rod untuk memancing ikan kecil, tetapi membina satu peralatan yang membolehkan pemancing memahami, mengawal dan menikmati setiap detik dalam teknik Ajing.
BUILT TO DETECT.
DESIGNED TO RESPOND.
ENGINEERED FOR PRECISION.
KN TOYOL – AJING EDITION
KING OF AJING.
COMING SOON.
Kanicen Nix
Ultralight Trend Setter
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Leave a comment
You must be logged in to post a comment.