Fishing Tips / Tips Pancing

Adakah Warna Umpan Tidak Penting? Adakah Ikan Buta? Ikan Ada Telinga?

Soalan dari rakan pancing: Cen… Nak tanya la… betul ke bawah ni?

Warna umpan tidak penting?
Ikan buta? Tidak kenal warna?
Ikan hanya serang melalui bunyi?
Ikan ada telinga?

Jawapannya ialah:

Tidak ada jawapan pasti dengan soalan ini kerana TIDAK SEMUA IKAN TELAH DIUJI untuk penglihatan warna.

Jika anda ada plan untuk memancing, anda perlu mengetahui umpan yang akan membantu anda mendapatkan tangkapan atau target spesis anda. Pelbagai warna telah wujud dengan pelbagai teknologi di luar sana, adakah ia benar-benar penting kepada ikan dan mana satu yang anda gunakan?

Jawapan ringkasnya ialah ya. Percaya atau tidak, bahagian penting dalam pemilihan gewang adalah warna. Tetapi bukan atas sebab-sebab yang jelas.

Di kawasan air tertentu (dan warnanya) boleh menjejaskan cara umpan anda akan kelihatan di bawah air, dan ini boleh menjadi faktor penentu sama ada ikan “membuat serangan pada umpan” atau tidak. Jika ikan tidak dapat melihat gewang anda kerana tidak cukup kontra untuk menyerlahkannya, atau jika ia tidak nampak menyelerakan, kebiasaannya ikan tidak akan melayan umpan anda dan terus berenang ke tempat lain. Itulah sebabnya, apabila anda ingin membeli umpan ia biasanya didatangkan dengan warna yang berbeza untuk disesuaikan dengan sesuatu lokasi atau warna air.

Tip Pancing Tambahan

Tahukah anda bahawa ikan emas boleh mengenal warna yang lebih berbanding dengan ikan lain?

Ikan emas mempunyai elemen sistem saraf (lebih banyak) yang diperlukan untuk penglihatan warna yang hadir.

Amat penting sebagai pemancing anda dapat memahami bagaimana ikan mempunyai keupayaan untuk melihat warna dan mengecam objek bukan berdasarkan kecerahan objek tersebut, tetapi pada sejauh mana ia menyerap, memantulkan atau menghantar cahaya warna yang berbeza. Jadi makanan utama ikan tersebut di sesuatu lokasi harus dikenal pasti untuk kita sebagai pemancing mengetahui warna apa yang ikan akan kenal melalui proses penyerapan dan pemantulan. Sebab itu ada warna umpan yang killer disesuatu kawasan dan ada warna langsung tidak menjadi.

Meh abam bagi contoh: Buah epal akan kelihatan merah dibawah cahaya matahari disemua bahagian kecuali dibahagian yang terkena cahaya putih. Jadi bahagian yang terkena dengan cahaya putih kita akan nampak silauan seperti putih tetapi bahagian lain ia masih kelihatan merah untuk penglihatan kita.

Konsep ini sama dengan umpan di mata ikan. Ia terlatih dengan warna yang kerap dimatanya dimana ia boleh dihubungkait dengan diet (makanan biasa) di habitatnya.

Jika warna tidak penting mengapa ada warna tidak menjadi semasa anda memancing? Jika warna tidak penting mengapa pengeluar jenama dunia bermain dengan pelbagai warna umpan?

Ikan hanya serang melalui bunyi?

Jawapannya: Tidak semua ikan bergantung pada bunyi.

Ikan juga menyerang mangsa berdasarkan getaran/vibration yang diterima dan diproses melalui lateral line system (inner ear system) iaitu sistem deria. Melalui deria inilah ikan mengukur pergerakan relatif antara badan mereka dan air sekeliling pada setiap deria sehingga beberapa ribu organ deria yang ada. Melalui sistem deria pada garis sisi ikan mengesan pergerakan air yang lemah dan kecerunan tekanan.

Ikan ada telinga? 😉

Ada spesis ikan yang menyerang mangsa melalui bau sebab itu ada jenis-jenis umpan yang mempunyai bau. Dan ada spesis-spesis ikan yang mempunyai kedua-dua kebolehan.

Semoga ilmu ringkas ini dapat membantu anda untuk terus memancing dengan lebih berstrategi.

Jom baca ilmu tambahan di sini:

Kalo happy share-share la yer. Ilmu tok semua. Apa yang saya cuba jelaskan ialah jawapan ringkas supaya mudah faham. Nak lagi detail dtg depan-depan senang cerita. 🙂

Terima kasih 🙂

Related Articles

TIPS PANCING: 3 PANTANG LARANG SEBELUM MANCING

Kanicen Nix

TIPS PANCING: 3 KESILAPAN PEMANCING YANG GUNA ROD ULTRALIGHT

Kanicen Nix

Jom Belajar Tips Mudah: Asas Pancingan Jeram Cetek dan Panduan Memancingnya

Kanicen Nix