Fishing Tips / Tips Pancing

JOM BELAJAR TIPS MUDAH: MEMAHAMI TABIAT DAN HABITAT IKAN BERBEZA DI SETIAP LOKASI

Lain Padang, Lain Belalang. Mungkin anda pernah dengar perumpamaan ini yang seringkali disebut oleh pemancing yang mempunyai pengalaman yang banyak.

Setiap lubuk sasaran dan setiap jenis ikan yang anda cari walaupun dari lubuk yang sama atau spesis yang sama ia tetap akan jadi berbeza akibat beberapa faktor yang akan mempengaruhinya seperti suhu, diet, habitat dan sebagainya. Jadi kecekalan anda mencari ilmu tidak harus berhenti pada satu tahap. Ia harus sentiasa diperbaiki, didalami dan sentiasa meneroka untuk terus maju kehadapan.

Jom belajar tips mudah ini dalam “Memahami Tabiat dan Habitat Ikan Berbeza Di Setiap Lokasi”.

MEMAHAMI DERIA IKAN

Perkara pertama yang harus anda faham apabila memburu ikan ialah memahami derianya kerana disinilah ia akan membantu anda membuat pemilihan umpan yang sesuai dengan derianya.

Jadi adakah bentuk ekor ikan juga mempengaruhi sikap ikan?

Ya, ia akan mempengaruhinya seperti kecepatan renangan, ketahanan, reaksi, tingkah laku, mangsanya, cara serangan, dan sebagainya.

BAGAIAMANA IKAN MENYESUAIKAN DIRI?

Tahukah anda ikan akan cuba menyesuaikan diri atas beberapa faktor utama seperti suhu air, bentuk badan, warna dan corak? Ini adalah perkara kedua yang anda perlu tahu dalam pemilihan umpan yang lebih sesuai dengan faktor-faktor ini.

ELEMEN-ELEMEN YANG MEMPENGARUHI NALURI IKAN

Ini adalah perkara yang harus dititik beratkan kerana ikan ada naluri dan ia menyerang berdasarkan nalurinya. Amat penting anda memahami diet ikan, saiz umpan tiruan, warna umpan tiruan, keadaan dan suhu air, cuaca serta zon sambaran.

KESIMPULAN

Tidak kira umpan apa yang anda pakai ada perkara yang lebih penting untuk anda ketahui sebelum datangnya rezeki. Ia adalah Ilmu yang betul, Usaha yang betul diselarikan dengan pengalaman, naluri dan jiwa anda sebagai seorang pemancing.

TERIMA KASIH

Jika anda ada pendapat lain, sila berkongi dengan kami.

Sila save. Sila tag. Sila share jika anda merasakan ilmu pancing “JOM BELAJAR TIPS MUDAH: MEMAHAMI TABIAT DAN HABITAT IKAN BERBEZA DI SETIAP LOKASI” ini dapat membantu anda dan rakan-rakan lain untuk lebih menikmati hobi mancing. Ilmu tidak pernah habis jadi terus belajar dan terus majukan diri.

Related Articles

TIPS PANCING: CARA MEMASANG ROD PANCING TRAVEL

Kanicen Nix

TIPS MEMANCING: TEKNIK PENGGUNAAN SOFT FROG

Kanicen Nix

TIPS PANCING: 3 TIPS MUDAH MANCING IKAN BULAN

Kanicen Nix