Pengenalan
TOYOL (ULRF – Ultra-Light Rock Fishing) direka untuk pancingan ultralight dengan umpan tiruan kecil seperti jig, softbait, hardbait dan spinner di sekitar batu, tepi laut, dok dan jeti yang mensasarkan spesies kecil air masin seperti yang menjadi keseronokan untuk dipancing.
Seperti biasa pereka rod “Kanicen Nix” memberi tumpuan kepada satu model pada satu masa untuk memastikan rod dihasilkan pada kualiti tertinggi. Untuk mendapatkan rod yang dihasilkan seperti yang dimaksudkan kawalan umpan yang kecil, tahap sensitiviti tinggi dan pengalaman yang dipertingkatkan membolehkan para pemancing merasai setiap getaran dan getuan. Rod ini direka untuk pemancing ultralight yang inginkan pengkhususan.
Spesifikasi
Rod yang dihasilkan menggunakan blank TORAY IM8 yang berkualiti tinggi dengan kemasan x-wrap yang berkualiti tinggi. Ia dilengkapi dengan Fuji K-Guides, reel seat FUJI dan Rpd Balance System (RBS) dengan Carbon Monocoque yang akan memberi keseimbangan tambahan pada rod apabila mengendalikan umpan dan ikan. Rod ini mempunyai tahap sensitif yang amat tinggi dimana ia mampu memindahkan getaran halus dari permukaan air walaupun ianya sekadar getaran terkecil ke tangan anda.
Dengan panjang 7’9, dan diberi rating poundage dari 1-6lbs ini paling sesuai untuk pancingan Ultra-Light Rock Fishing. Rod ini bukanlah rod spinning yang biasa, ia cukup ringan untuk membolehkan pemancing melontar umpan kecil serendah 0.7 gram sehingga 7 gram dengan mudah dan masih cukup kuat untuk melayan dan mendarat ikan.
Sekiranya anda seorang peminat ULRF maka ini adalah rod carbon yang akan meningkatkan pengalaman pemancing anda. Mungkin ini adalah model spinning yang paling serba boleh untuk siri memancing di tepian batu yang berada di pasaran.
Anda Dalam Kawalan
Blank rod IM8 yang bermodulus tinggi akan memberikan sensitiviti yang sangat tinggi ditambah dengan kelancaran apabila membuat lontaran yang membolehkan jarak yang tepat dan hebat. Tip depan yang halus membolehkan pengendalian gewang yang lebih dan membolehkan pemancing untuk mengawalnya dengan mudah.
Terdapat banyak gewang dengan pelbagai idea dan konsep di pasaran. Toyol direka untuk menangani semua jenis asas dimensi untuk setiap jenis gewang. Anda boleh bergantung pada rod kerana teknologi yang kami gunakan telah disokong oleh banyak pemancing ternama.
Idea
Toyol adalah makhluk mitos dari cerita rakyat Malaysia. Nama itu secara asasnya bermaksud “pencuri nakal”. Oleh itu, kami mencipta rod pancing untuk mewakili kenakalan Toyol dengan slogan “Jangan Curikkk, Jangan Larikkk” seolah-olah kami memberitahu ikan itu untuk tidak mencuri umpan kami. Idea ini kami wujudkan untuk anda supaya pancingan anda menjadi lebih seronok apabila bertarung dengan ikan.
Jadi nikmatilah rod keluaran terbaru kami Toyol yang direka khas untuk Ultra-Light Rock Fishing. Jangan lupa berkongsi gambar hasil tangkapan dan trip anda dengan kami 🙂
Harga
Rod Toyol dijual pada harga yang amat berpatutan jika dibandingan dengan rod jenama lain yang sama kualitinya pada harga RM429.00 (USD110.00). Dengan harga ini anda akan mendapat rod yg dilengkapi dengan set cincin FUJI K-Guide dan tapak reel (reel seat) juga dari jenama FUJI. Rod Toyol juga dilengkapi dengan Carbon Monocoque yang hanya digunakan oleh jenama besar.
Untuk pembelian luar negera dan pukal atau untuk reka bentuk khas untuk anda jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami untuk sebut harga.
Pembelian
Untuk menempah hubungi kami di laman Facebook kami di: