Fishing Activity

Hairz Zer: Soft Bait Grenti Strike Santapan Jaguar Cichlid

kerapu lombong

Teringat zaman sekolah dulu sekitar 1998-2000, lombong tinggal di Puchong Utama-Selangor, pantang ada masa terluang habis je sekolah terus ke sana membottom. Spesies inilah yang rajin kacau umpan. Masa tu belum terjebak dunia casting lagi dan tak kenal pun nama ikan ni. Tahu dari mulut pemancing sana je lah. Dorang panggil ikan ni kerapu lombong. Nama tu dapat sebab struktur dan corak badannya macam ikan kerapu dan banyak hidup di lombong masa tu agaknya.

Terakhir saya naikkan 2017-Jun, masa tu bulan puasa di tasik The Mines menggunakan micro popper 3.5cm sekaligus menjadi ikan trofi spesies terbaru koleksi ikan air tawar saya dalam dunia casting.

Jaguar Cichlid

Spot pancingan kali ini dalam kawasan UPM, Serdang. Antara spot awam yang berpotensi kerana sudah menjadi habibat spesies ini. Tumbuhan air teratai dan bunga kiambang memenuhi hampir 40% permukaan air. Jangan risau tak membantutkan anda untuk peroleh strike.

Matlamat untuk membuat ujian lapangan produk soft bait terbaru dari Kanicen Nix. Rekaannya tampak unik dan fleksibel. Mudah untuk di gayakan dengan pelbagai aksi dan hari ini saya akan praktikkan teknik retrieve and pause, slow jerk, drop and jerk dan fast jerk. Anda boleh padankan open eye atau weedless jig head mengikut kesesuaian spot. Hari ini saya guna open eye jig head 1.8g. Setup saya seperti biasa, rod ultralight KN Sailang 2-6lb padanan reel spinning Shimano Nasci c2000 shallow spool dan tali braided prototype KN 6lb.

Saya mulakan cast pertama dari sudut tasik. Spot paling ramai pengunjung. Hanya beberapa cast teknik ‘retrieve and pause’ berhasil dan seekor baby Jaguar saiz dua jari berjaya di naikkan.

Bergerak sedikit 10 meter dari tempat tadi, saya buat cast kedua. Dua kali cast teknik ‘slow jerk’ membuahkan hasil. Seekor lagi baby Jaguar tak jauh beza saiz tadi.

Kali ini saya gunakan teknik ‘drop and jerk’ dan menyusur gigi air tasik. Selepas 15 minit saya berjaya strike dan sekali lagi si cilik rakus sang Jaguar menerpa gewang. Nampak laku betul soft bait ni.

Sebelum hari melabuhkan tirai, saya cast spot terakhir berdekatan pintu masuk tasik. Saya gunakan teknik ‘fast jerk’ dan hasilnya tetap tidak mengecewakan walaupun tetap statik dengan saiz yang sama.

Dengan selesainya ujian lapangan hari ini maka tercapailah matlamat saya menghanyirkan soft bait prototype KN dan kesimpulan yang dapat saya buat hari ini, setiap lapangan pasti menjanjikan strike dengan kepelbagaian teknik dan yang paling penting, reka bentuk soft bait yang tepat dan mengiurkan untuk santapan pemangsa. Sehingga kita jumpa lagi di lain penulisan. Jangan lupa booking bila dah keluar nanti ya! Terima kasih.

Related Articles

Lyee Caster: Trip Camping dan Mancing Ke Royal Belum Part 1

Kanicen Nix

QUEENSLAND GROUPER RARE SPECIES

Kanicen Nix

Kanicen Nix: Kerja Gila Menarik Ikan Layaran di Rompin, Pahang Menggunakan Sailang

Kanicen Nix