Setiap rod pancing ada cara pasang yang betul dan ini amat penting dalam penjagaan rod pancing yang kita miliki. Tips pancing kali ini kami ingin mengajar bagaimana cara yang betul untuk memasang rod pancing travel yang biasanya didatangkan dengan beberapa bahagian.
Rod pancing travel biasanya didatangkan dengan beberapa bahagian, paling kurang tiga (3) dan paling banyak setakat ini ialah dua-belas bahagian (12). Bahagian-bahagian ini harus dipasang dengan cara yang betul jika tidak ia akan memudaratkan rod pancing travel yang anda miliki.
Tonton video ini untuk mengetahui cara memasang rod pancing travel:
Selepas pasang kita juga mesti tahu cara yang betul untuk membuka rod pancing travel supaya dapat mengelakkan dari isu-isu seperti patah atau pun rosak cincin rod pancing. Cara yang salah boleh membuatkan cincin rod anda bengkok atau pun bahagian penyambung tips rod patah.
Tonton video dibawah ini:
Kami berharap tips cara memasang rod pancing travel dan cara membuka bahagian rod travel ini dapat memberi sedikit ilmu dalam penjagaan rod pancing.