Fishing Activity

Amir Jufri: Mengilat Kawanan Rasbora Spp Pulang ke Halaman

menggilat ikan seluang

 

strike seluang

Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman santai bersama rakan-rakan angler yang lain.. Mengilat kawanan ikan seluang yang bermain dipermukaan air mencari makanan ketika musim hujan bermula satu saat yang dinantikan buat kaki ultralight kerana dari segi saiz badannya tidak seberapa besar namum keinginan membahan umpan rakus terlihat.

Sekitar Arus Deras

Arus sungai yang deras dan melimpah

Tahukan anda Ikan seluang melakukan penghijrahan biasanya pada musim hujan atau musim tengkujuh sekitar hujung tahun.. Penghijrahan spesies rasbora spp ini dari sungai berkedalaman paras air yang dalam ke hulu – hulu sungai berarus perlahan serta potensi kawasan membiak dan keselamatan telur terjamin.

Waktu sebegini adalah peluang keemasan yang di tunggu – tunggu untuk memancing spesies ini yang melawan arus untuk naik ke hulu dengan mengilat mahupun menggunakan umpan cacing tanah atau umpn hanyut. Namun pilihan kali ini lebih kepada teknik casting dengan penggunaan micro spoon untuk merasi sensai sambaran kecilnya walaupun hanya getaran halus dirasai apabila strike mengena.

Rod SAILANG

rod SAILANG by Kanicen Nix

Masih lagi menggayakan rod Sailang keluaran model ke-3 Kanicen Nix yang berkepanjangan 6 kaki 6 inci dan disepadankan bersama reel Shimano Sienna FD bersaiz 500 untuk mendapatkan macth & balance dalam pancingan ultra.. Penggunaan monofilement di guna pakai dalam teknik mengilat untuk persembahan dan pergerakkan lebih berkesan berbanding penggunaan braid sebelum ini..

Pilihan saya Berkley Treliner Maxx 2lbs mampu menampung serapan dan kejutan ketika strikes dilakukan kerana kita sedia tahu akan serangan dari spesis yang tidak dijangka membaham umpn. Oleh kerana kali ini leader tidak diperlukan disebabkan tali utama sudah mengandungi daya regangan dan low memory cukup untuk melayan pemangsa ketika strike.

Karauan Micro Spoon

foul hook strike

Umpan utama digunakan adalah micro spoon yg berukuran 3 – 4 cm yang berat dalam lingkungan 1.5 – 2 gram. Berwarna emas, silver, pink dan lain – lain warna yang terang berkilat menarik minat mengikut kebersesuaian kondisi air. Boleh digayakan dengan aksi karauan perlahan mahupun laju mengikut aliran arus atau melawan arus. karauan yang kosistem secara berterusan dan lokasi balingan umpan di tempat sama menyebabkan spesies ini tertarik untuk mendekati umpn. Kebiasaan strike berlaku ketika karauan umpan berhenti seketika atau sedang beralun cantik didalam air.

Kebanyakkan cubaan membaham umpan berlaku secara berterusan memnyebabkan kita akan merasai getaran lembut sebelum sambaran yang kemas terjadi. Dikalau satu dua ekor terlucut dari mata kail yang lain tidak akan membaham umpan seperti memberitahu kepada rakan – rakannya yang lain akan ada ancaman berlaku sama seperti spisies bulan.

Rasbora Spp (seluang)

rasbora spp

Ikan Seluang merujuk kepada kesemua spesies Rasbora spp. Ikan seluang merupakan ikan yang banyak terdapat di sungai ASEAN, termasuk Malaysia, Brunei, dan Indonesia. Ikan ini bersisik seperti ikan lampam tetapi berbentuk tirus seperti anak ikan Jelawat. Bersaiz antara 2 hingga 4 inci dan berat sekitar 6 – 7 gram

Spesies ini suka berenang permukaan air tambahan saat paras air sungai meningkat dan ketika musim hujan. Pada waktu seperti ini, mereka berenang ke permukaan untuk mendapatkan makanan.
Manakala di musim kemarau pula, suhu dan paras air meningkat spesies rasbora ini lebih suka untuk berteduh dan bersembunyi di bawah teduhan dahan pokok yang terjuntai ke dalam sungai.

Spesies rasbora ini bersifat omnivora. Makanan mereka pelbagai dari zooplankton, lumut, crustacea kecil sejenis kutu air, serangga kecil, cacing tanah dan malahan telur spesies mereka sendiri. 

Strike Bonus Si Hampala

Antara saiz padu buat mainline 2lbs

Di dalam keseronokkan menggilat rasbora spp ini tidak terkecuali akan kehadiran pemangsa sungai lain antaranya Hampala ( sebarau ). Oleh kerana diet utama si sebarau adalah anak – anak seluang yang berada di sekitar tebing sungai dan celahan pokok air dari arus deras dan pemangsa lain. Melihat kocakkan air ketika membaham ikan sudah pasti hanya spesies sebarau sahaja yang suka mengejar dan mebaham dengan berlakunye percitkan air..

sebarau bersaiz remaja

Berjaya mendapat 4 ekor sebarau remaja ketika cubaan memujuk seluang. Ini adalah strike bonus dalam trip mengilat seluang kali ini.

strike saiz yang sama

Bersama-sama Menjaga Ekosistem

Kesemua strike yang berjaya didaratkan selamat dilepaskan kembali ke dalam air. Sebelum itu pastikan ikan kembali bertenaga dan mampu berenang semula di khuatiri ikan mati didalam air mahupun menjadi makanan pemangsa lain. Bersama – samalah kita menjaga kesinambungan spesies perairan air tawar dikawasan kita sekaligus mengekalkan kebersihan sungai agar sentiasa bersih. Semoga anak cucu dapat mengenali dan turut merasai warisan berzaman yang ada ini.

Related Articles

Lyee Caster: Mencuba Spoon Design Terbaru Kanicen Nix “Silau”

Kanicen Nix

QUEENSLAND GROUPER RARE SPECIES

Kanicen Nix

SAILFISH ON ULTRALIGHT FISHING SETUP

Kanicen Nix