Customers Catches Micro Spoon

Spoon Silau Umpan Terbaik Pancingan Jeram – Stream Fishing

Pemancing Jeram (Stream Fishing Angler) sudah pasti kenal dengan umpan spoon yang direka khas oleh Kanicen Nix untuk pancingan jeram iaitu spoon “Silau”. Spoon Silau telah direka untuk semua jenis pancingan jeram kecil yang ada di Malaysia dan juga di serata negara-negara Asean. Untuk mengetahui info lebih lanjut berkenaan spoon Silau anda boleh semak dipautan ini:

Untuk post kali ini kami share salah seorang pemancing yang cukup suka dengan pancingan jeram. Syed Adnan antara salah seorang pemancing stream yang cukup suka menggunakan spoon Silau keluaran Kanicen Nix. Baginya umpan ini cukup sesuai dengan diet dan habitat di Malaysia kerana ia mimik dengan ikan sebenar.

Spoon Silau keluaran Kanicen Nix telah terbukti dengan hasil yang amat memberangsangkan. Ia direka oleh pemancing sendiri hasil dari pengalaman bertahun-tahun dilapangan.

Dia juga antara pemilik bertuah rod Travel Melencong. Setelah menggunakan rod Melencong dia berkata:

“Dia punya tip action macam ada mix glass. Tak lembut sangat, tak keras sangat. Sedap layan. Padu yakamat action. Rugi tak angkat BC aritu.. hu3”.

Hasil diatas ini adalah di antara gambar yang diberi oleh Syed Adnan dengan menggunakan rod travel Melencong, Silau dan lain-lain produk keluaran Kanicen Nix. Pelbagai spesis ikan seperti Bujuk, Sebarau, Seluang, Seluang Buluh, Haruan dan Tengas berjaya ditawannya.

TEKNIK YANG SESUAI?

Amat mudah untuk gayakan umpan spoon Silau ini. Anda cuma perlu cast dan karau. Jika lubuk agak dalam biarkan ia drop sedikit dan teruskan karauan laju. Tempo karauan bergantung pada lokasi pancing anda sendiri. Ada spot cast dan karau tanpa tunggu dan ada spot anda perlu biarkan 1-3 saat sebelum membuat karauan. Jadi sesuaikan dengan target ikan, lokasi pancingan dan keadaan struktur. Waktu pancing dan pemilihan warna juga memainkan peranan penting. Baca artikel spoon Silau yang lebih lengkap di sini:

Dibawah ini pula adalah gambar-gambar menggunakan umpan seperti Geli Geli dan Brudu.

Anda berminat untuk membeli umpan seperti Geli Geli, Nyot Nyot, Silau dan Brudu keluaran Kanicen Nix? Mencari penjual yang berdekatan? Sila masuk dalam link ini:

Jika tiada penjual yang berdekatan anda boleh menghubungi kami terus di:

Page FB: https://www.facebook.com/kanicennixmalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/kanicennix/

Ada gambar cantik? PM di messenger KN.

Ini linknya: https://www.facebook.com/kanicen/

Terima kasih atas sokongan 🙂

Related Articles

Bigeye Trevally Fishing on Silau Spoon

Kanicen Nix

Catches by Supporters With Mambang Hitam Ultralight Jigging Rod

Kanicen Nix

Climbing Perch, Puyu, Tarpon, Bulan, Copper Mahseer, Tengas, Peacock Bass, Ikan Raja, Snakehead, Haruan, Tilapia, Barramundi, Siakap, Channa Lucius, Bujuk, Channa Striata

Kanicen Nix