Fishing Tips / Tips Pancing

TIPS PANCING: CASTING KERANDANG KALIMANTAN MENGGUNAKAN GELI GELI WORMS

Kerandang Kalimantan a.k.a The Goblin atau juga dikenali dengan nama Ocellated Snakehead adalah sejenis ikan yang cukup cantik. Ikan Kerandang Kalimantan ini didatangi dengan pelbagai warna yang masih menjadi misteri kenapa ia demikian dan umpan Geli Geli worms menjadi pilihan kali ini.

Ini adalah beberapa tips pancing cara menggunakan Geli Geli worms di spot pancing Kerandang Kalimantan. Teknik ini boleh digunakan dimana-mana sahaja untuk spesis yang sama atau berlainan:

Pilih warna umpan pilihan dan didalam video ini kami memilih warna umpan Geli Geli Oren kerana keadaan airnya yang hitam dan mungkin mempunyai PH yang tinggi jadi kami jangkakan makanan utama ikan Kerandang Kalimantan ini adalah anak-anak ikan yang mungkin akan akan berubah berwarna gelap keorenan.

Kami menggunakan Mushroom work hook dengan berat 1.5g keluaran Kanicen Nix untuk mengelakkan sangkut jika ada reba atau struktur kayu dibawah.

Cara yang anda boleh praktikkan ialah:

  1. Cast ke target spot.
  2. Karau perlahan sambil jerk untuk memberi aksi up and down.
  3. Air yang dalam jadi karauan terus seperti di air yang tidak dalam bukan pilihan yang sesuai.
  4. Teknik Jerk dan Pause perlu diulang beberapa kaki jika tiada sambaran.
  5. Jika ada sambaran biasanya ia akan auto hookup kerana sifatnya yang sangat terrotorial serta ganas.
  6. Jika tiada sambaran, ulangi semua proses diatas di lubuk lain.

Semoga Tips Pancing Casting Kerandang Kalimantan ini bermanfaat untuk ikan-ikan target anda 🙂

Related Articles

TIPS PANCING: CARA MEMASANG ROD PANCING TRAVEL

Kanicen Nix

TIPS PANCING: 3 PERKARA PENTING PRODUK KANICEN NIX BOLEH MEMBANTU ANDA SEBAGAI PEMANCING

Kanicen Nix

TIPS MEMANCING: TEKNIK ASAS PENGGUNAAN DAN CARA MENGGAYAKAN MANA-MANA JENIS UMPAN TIRUAN SOFT PLASTIK

Kanicen Nix