Fishing Activity

Zamisma Abu: Mengunjun Ikan Bilis Di Tepian Batu Menggunakan Sailang

hasil jigging ikan bilis menggunakan rod ultralight sailang

Bilis merupakan spesies bermusim yang datang dalam kumpulan besar. Cuma bagaimana ingin memikatnya. Ikan bilis akan menghampiri tepian tambak batu yang dibina menghalang hakisan ombak pada musim udang geragau atau bubuk. Kebanyakan pemancing yang baru tidak tahu apa yang dibuat oleh pemancing veteran di atas batu berhampiran gigi air. Jika sekali pandang macam kerja gila. Tetapi apabila sudah dapat thrill menganjun bilis, pasti lupa teknik pancingan lain. Di sini saya kongsikan sedikit tip menganjun bilis.

1. Set up yang diperlukan.

Cukup memadai anda berbekalkan sebatang rod. Kalau bawa banyak pun tak guna. Saya memilih rod ultralight kanicen Nix Sailang 2-6lb. Saya memilih rod Sailang kerana bahagian tip yang lembut dan dapat mencantikkan lagi cara menganjun. Reel pula yang bersaiz 500 – 1000. Bagi saya cukuplah saiz 500. Reel Shimano Sahara pilihan saya. Mainline pula terserah jika ingin menggunakan monoline atau braided. Cukuplah yang berkekuatan 1lb hingga 4lb. Buat apa pakai saiz kasar. Bilis bukan sampai sekilo seekor.

2. Apolo mata 6

Warna dan saiz apolo memainkan peranan penting untuk teknik menganjun. Saya sarankan apolo berbulu putih dan floresen green. Warna ini nampak seakan anak udang apabila di dalam air. Saiz mata apolo pula. Cukuplah saiz 4 atau 6. Saya suka saiz 4 kerana mudah hook up kemas pada mulut bilis.

jenis-apollo-yang-boleh-digunakan-untuk-jigging-ikan-bilis

3. Batu ladung

Carilah batu ladung berbentuk lonjong seperti peluru. Kerana bentuk tirus mudah dalam membuat anjunan lembut. Cukuplah yang berat dalam 5 hingga 7 gram.

batu-ladung-yang-boleh-digunakan-untuk-jigging-ikan-bilis

 

4. Spot

Ramai yang tidak tahu bagaimana mencari spot bilis. Mudah sahaja carilah kawasan berbatu yang agak dalam. Dan bahagian tepi batu yang kurang halangan batu lain. Bukan apa takut apolo asyik tersangkut dan putus. Saya sarankan bawalah banyak spare apolo dan batu ladung.

5. Kondisi dan warna air

Untuk pengetahuan ketika air laut berwarna kemerahan atau warna air tebu memang sesuai mencari bilis. Jika air jernih memang susah nak dapat walaupun seekor.

6. Masa yang sesuai

Bilis sangat aktif ketika matahari mula naik. Ini dapat membantu kilauan apolo dalam air.

7. Jangan pindah spot

Jika sudah mula menaikkan beberapa ekor bilis. Dinasihatkan terus kekal di spot tersebut kerana sisik-sikik bilis yang jatuh ke dalam air umpama pemanggil kawanan bilis lain. Saya kalau sudah dapat naik bilis pasti tidak berganjak ke tempat lain. Lepas itu bergasaklah sepuasnya.

Ketagih

Menganjun bilis ini boleh membawa ketagihan. Sebabnya anda tidak sedar sudah sejam menganjun. Saya dan anak boleh naikkan 5kg keatas dalam masa satu jam. Memang non stop.

Bagaimana nak anjun?

Hulurkan apolo biar tenggelam beberapa ketika dan mulalah buat jerk atau henjutan lembut. Hujung rod yang lembut sangat penting. Lakukan berulang kali hingga strike. Lepas itu anda pasti tersenyum. Untuk memudahkan kerja anjun. Sediakan baldi supaya bilis yang tersangkut apolo terus ke dalam baldi.

Ikan bilis ini memang sedap digoreng rangup cecah sambal cili kicap. Kena pula dengan nasi panas. Kompom lauk lain tak dipandang. Sebelum bilis disiang. Ambil daun serai dan gaulkan bersama bilis. Tujuannya untuk memudahkan kerja menanggalkan sisik bilis. Guna pisau halus untuk buang isi perutnya. Sebelum goreng, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gorenglah dengan minyak yang banyak dan api sederhana kuat.

Selamat mencuba.

Related Articles

QUEENSLAND GROUPER RARE SPECIES

Kanicen Nix

Muhammad Zafri: Trip Mancing Memburu Ikan Haruan Runtu di Sarawak

Kanicen Nix

Hairz Zer: Kemampuan Soft Bait Grenti Strike Geli-Geli Sememangnya Lain Macam

Hairz Zer